Friday, August 9, 2013

Anugerah Terindah

Akan hadirnya di saat  itu suatu memori,
Mengenang anugerah terindah yang diberi,
Memori itu akan terus hidup walau nafas berhenti,
ketentuan dan takdirNYA itu pasti...


Wajahnya sudah dipenuhi kedut kedut yang semakin jelas, kulitnya yang dulu halus dan putih kini hanya kelihatan kerut kerut yang semakin kelihatan , usia yang kian senja, mungkin sekejap lagi, mungkin sehari lagi mungkin seminggu lagi, akan tiba saatnya untuk pergi.

Aku yang kini berada pada usia yang sudah 70 an, bersama sang isteri yang kini turut dimamah usia.
Masih bersamaku. Selama lebih 45 tahun bersama isteri tercinta, dan dia masih menunggu untuk bersama selagi hayat masih ada.

Teringat peristiwa 45 tahun lepas sewaktu berjumpa isteriku, pada ketika itu,  dia sangat cantik,sangat menawan, hampir semua orang yang melihat dirinya pasti akan tergila gilakan dia, tapi rupa para sbukanlah ukuran , kerana pada waktu itu dia membuatkan aku melupakan kekecewaan lampau, yang terlalu perit, dia hilangkan rasa kecewa, rasa pedih, dia membuatku kembali riang membuatkan aku jatuh hati padanya, dan sedaya upaya cuba memikat hatinya sehingga berjaya.

dan padaku, dia masih cantik walaupun pada usia tua, masih aku rindu setiap saat dan ketika, masih aku ingat segalanya tentang dia.



Di hari tua ini, segala memori itu seperti sebuah tayangan yang sedang bermain di wayang, ianya berlanjutan, segala kenangan indah yang tercipta bersama amat rapat walau waktunya sudah terlalu jauh. 45 tahun bukanlah  tempoh masa yang sekejap, susah senang bersama seorang yang tidak pernah merungut atau lelah dengan aku.. sehingga kini, aku telah berjaya sehingga sekarang.

2 orang anak yang dikurniakan kini, masing masing sudah berjaya, seorang perempuan yang telah menjadi Dr pakar di sebuah hospital besar di kota raya, seorang lagi anak lelaki yang telah mengikut jejak ayahnya menjadi pengurus dan ahli perniagaan yang berjaya dan dididik dengan sempurna, masih mengingati apa yang diajarkan ayah dan mamanya. Semoga mereka hidup bahagia hingga ke akhirnya.


di saat pedih, duka, gembira, kecewa, sang isteri yang baik, yang selalu dekat dengan suaminya, susah senang bersama, hadapi dengan penuh ketabahan, kerana pernah suatu ketika dulu aku bertanya padanya,
'jika saya hanya seorang yang biasa, mungkin hanya berniaga di tepi jalan mahukah dia bersamaku??'
menjawab dengan ihklas pekartaan 'ya' dia membuktikan dan menepati janjinya untuk bersamaku

Kini telah aku menikmati kesenangan, walau pernah bersusah dahulu, pepatah menyebut, berakit rakit kehulu, berenang renang ketepian, bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian, bukanlah aku mahukan harta yang banyak tapi cukuplah dengan kebahagiaan yang aku peroleh.


Ku cium dahinya sebagai tanda kasih, anugerah terindah yang dikurniakan, yang sangat bermakna,
tiada pegantinya di dunia ini, bersyukur keatas apa yang diberikan. Cukup indah selama mengenali dia, andai anugerah terindah ini pergi di saat ini, aku merelakan dengan hati , kerana nanti jua akan ku pergi,
dialah sahabat, teman, kekasih,isteri yang tercinta yang terindah di dalam kehidupan.

mungkin di usia seperti ini tidak sesuai mengungkap cinta lagi, namun setiap hari sejak 45 tahun dulu, aku tidak pernah berhanti untuk Mencintai , tidak pernah leka untuk merindui dirimu setiap waktu sang isteri, sebagaimana aku pernah berjanji tidak aan berubah hati dan teguh setia selamanya bersamamu, 45 tahun yang berlalu kini menjadi memori yang tidak akan pernah mati, walau nafas telah berhenti.

Aku mencintaimu,
Masih merinduimu
disaat ini..
sehingga hembusan nafasku yang terakhir nanti...

semoga kita bertemu lagi di syurga illahi...

Anugerah terindah, isteri yang solehah...

 ku dakapmu hingga ke akkhir hayat...

0 comments:

Post a Comment