Wednesday, April 24, 2013

Esoknya Aku Seekor Arnab


Belatar belakangkan kisah haiwan pada kisah kali ini aku tertanya tanya mengapa ia boleh berlaku??
Mungkingkah aku sememangya bertukar menjadi arnab atau hanya mimpi lagi??
dan fikirkan...bagaimana arnab bercinta???


Hari itu aku terjumpa seekor arnab yang warnanya putih, sangat cantik, comel, gebu, sangat menawan macam biasalah ayat aku. Lalu aku pun tanpa membuang masa, mengambil arnab tersebut dan membawanya pulang. Di dalam perjalanan aku tertanya tanya bagaimana arnab ini boleh berada di kawasan yang sepatutnya tidak ada arnab, mungkin milik orang rasanya.

Jadi aku membawa arnab itu pulang, aku bersihkan dan memberinya sebuah kotak yang aku jadikan rumah buat si arnab. Setelah selesai memberi makan, aku termenung di tepi tingkap melihat angkasa yang gelap dan terdapat bintang bintang bersinar perlahan. Aku terfikir bagaimana seeor haiwwan seperti arnab bercinta?...
samakah seperti manusia atau berbeza. Kemudian kerana terlalu penat aku tertidur...


Keesokkan paginya apabila aku bangun, aku terlihat rumput rumput yang menghijau, aku lihat awan langit yang biru dan tersangatlah tinggi. Tapi aku rasa pelik sebab,kaki aku pendek ade 4 pula, telinga aku panjang, aku tersangat sangatlah pelik bila aku ada misai???

Dan tiba tiba... aku terasa bagai nak menjerit apabila aku lihat diriku didalam air...

AKU SEEKOR ARNAB!!!! arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
kenapa boleh jadi macam ini, apakah yang berlaku...???
dalam kesedihan aku melarikan diri aku terus berlari dan berlari...


Aku terus berjalan dalam kesedihan, manusia mana yang tidak sedih, jikalau bagun pagi terus jadi seekor arnab. Aku meneruskan perjalanan hinggalah sampai di suatu tempat seperti taman yang luas.


Aku memandang segalanya senyap dan sepi. Kenapalah aku dijadikan seekor arnab?? masih mencari puncanya. Aku duduk memerhati taman yang luas itu keseorangan.


Tiba tiba datang seekor arnab, kekelabuan keperangan,kelihatan sangat cantik, matanya bulat bersinar sinar kehitaman, dan sangatlah comel, dia datang menghampiri aku.


Ternyata kecantikkan arnab itu membuatku jatuh hati pada sang arnab tersebut. Inilah yang dikatakan lupa daratan ,lautan dan lupa segalanya, sehingga aku tidak menyedari lagi aku seorang manusia buan seekor arnab. Namun arnab itu mula berkenalan dengan aku, pesona dia sangat menawan dari makah dia datang, pertama kali aku berdebar debar, jantungu bergerak laju, iniah yang dinamakan cInTa...

Nama arnab itu Luna, Luna memang cantik sangat menarik dan sangat menawan dia berjaya membuatkan aku lupa diriku siapa. Aku hanya mengikut sahaja ke mana dia pergi, memang indah dan sangat gembira,
kami bekejar kejaran, bersiar siar, kami menjadi semakin rapat dalam tempoh yang singkat.


indahnya saat itu..
di saat jatuh cinta, cinta semakin memuncak..
kelihatan bahagia


bahagia yang tiada berpenhujung, ia tidak seketika

Aku terasa cinta ini semain gila dan gila, dan memang aku gila, jatuh cinta dengan seorang....errr seekor arnab, aku ini manusia, mengapa perasaan cinta manusia dengan haiwan lebih kurang sama, inikah lumrahnya, setiap sesuatu memang berpasangan,

Dan ternya perasaan suka ini mula berputik, lebih indah begini, dari manusia yang sering melukakan, aku tidak berharap menjadi seekor arnab, sebab manusia ialah sebaik baik kejadian, jika haiwan mampu berada dalam keadaan setia dan berkasih sayang, kenapa manusia perlu hidup dalam membenci dan mencemburui.

Kemudian, aku bejalan jalan dengan Luna sehingga di suatu tempat, keadaan bunga nya indah berdekatan jalan raya. Menarik dan tempatnya sangat romantik..Luna berbual bual dengan aku dalam bahasa arnab di situ..



Luna: kkkkkk rrrrrr nnnnn

aku: kkkkrrrr mmmmm

Bahasa arnab korang mana tahu, tidak perlu membaca sangat, ^_^ haha.
Rupanya Luna juga telah jatuh cinta dengan aku... dia menghampiri dan semakin menghampiri aku, aku semakin berdebar debar, takut dan gemuruh, Luna semakin menghampiri dan hampir...lalu dia..


Luna memberikan satu ciuman kepadaku, terhenti sejenak aku di situ. Terhenti waktu, tersekat keadaan, buat seketika. Di dalam fikiran aku....( argHHHHHHHHHHHHH AKU DICIUM OLEH SANG ARNAB!!) HAA... tapi keadaan itu membuatkan aku termenung seketika..dan Luna terus berlari, biasalah nak main kejar kejar dengan aku.

Aku terus mengejar Luna sehingga ke jalan raya, Luna terus melulu...
Aku menjerit memanggil LUNA!!!
LUNA!!!!! semakin kuat panggilan itu....
Luna terus meluru dnegan arah yang laju ke jalan itu..
Aku belari sepantas yang mungkin......!!!...
....dup...dup....dup....dup.......dup...
.................................
...................................
...........................
.....
BOOM. Aku jatuh katil!!
TerGAMAN AKU SEETIKA, aku bangun terus meluru ke cermin aku lihat rupa aku, tangan kaki wajah, semuanya ada, aku melihat arnab yang aku jumpai semalam telah hilang!!
aku tersenyum...
arnab itu telah hilang, seperti Luna hilang dari pandangan mata...
rupanya itu semua hanya suatu mimpi, mimpi yang pelik tapi bermakna....

Mungkin masih ada Cinta lagi di sini,
cuma kita perlu mencari...

-never stop until you find your true love_

5 comments:

suspen jer --"

April 24, 2013 at 8:35 AM

suspenkah??? cerita yang boleh wat orang giler ..dah gilerkan

April 24, 2013 at 9:56 AM

xnk aq bce

April 24, 2013 at 10:46 AM

mcm dah bace jer hahahha

April 24, 2013 at 11:14 AM

Abis2 ngan luna kau.. Ending mesti hampe.. Kalau jdi director.. X tahu la cam mme citenye

October 29, 2015 at 4:25 AM

Post a Comment