Monday, April 4, 2016

Selamat Tinggal Di Graduasi

Apakah kisah cinta yang paling indah yang pernah kamu semua ada?
Yang memorinya kekal di ingatan bukan untuk sementara tapi buat selamanya.




Kehidupan ketika belajar di zaman kolej(remaja) sangat berbeza dengan keadaan bekerja,
di mana waktu itu kita melihat harapan, cita cita, impian seakan sesuatu yang indah walau kita tidak memiliki apa apa.

Aku seorang pelajar nakal, selalu ponteng kelas, mengacau orang, repeater paper, gagal subject, meniru, menipu , dan kau boleh listkan segala galanya yang mampu dibuat seorang pelajar kolej sepanjang 6 semester yang ada.

Kerana sikap gila gila, tidak matang, kebudak budakkan, dan penuh kecomelan aku ini,  tidak ada seorang pun yang berani untuk menjadi kekasih aku. Sedangkan semua kawan kawan dah dipunyai kecuali aku, tidak mudah untuk buat aku jatuh cinta, dan tidak mudah untuk aku mencintai seseorang itu.
Sehinggalah ketika di semester 4, dengan tidak disangka sangka aku mulai sedar aku dalam keadaan mencintai seseorang.
Tidak sangka aku mencintai dia  yang juga seorang pelajar di dalam pengurusan Business di kolej.
Gadis itu sangat istimewa, namanya Erin. Dia sangat menawan. Matanya selalu besinar dan cantik, kulitnya cerah semula jadi, cukup sempurna untuk  buat sesiapa saja tertawan.
Aku mula tetarik dengan sikap penyayang Erin yang sukakan kucing, dia mengajar aku tentang tidak membuat pemilihan atas pekara bedasarkan rupa, dan dia tidak pernah memilih kucing  bedasarkan kecantikkan kucing itu.

Dan inilah pengajaran pertama buat aku dan pada semua,
jangan pernah menyintai bedasarkan paras rupa.”






Aku dan Erin mula mengenali satu sama lain.
Kami selalu berjumpa, semakin rapat , semakin mendalam perasaan itu.
Sehingga setiap kali pertemuan itu, adalah sangat penting buat aku, dan aku simpankan dalam setiap ingatan.

Suatu malam, bertarihkan 26.5.2013 , 9.56 minit malam, aku berani menyatakan tentang perasaan aku. Ternyata Erin juga membalas dengan menjawab ya. Dia juga punya perasaan sama terhadap aku.
Kami menjadi pasangan kekasih, kawan kawan aku muncul entah dari mana mengacau kami dan menyanyi lagu dari tepi kolam renang, dan mereka mengacau semua orang di kolej itu.
Aku ingat lagi date pertama aku ketika itu, aku berbeza dari yang lain, aku miskin, tidak beharta, aku tidak tahu untuk menunggang motorsikal, tidak pandai memandu kereta, dan aku tidak punya apa apa.
Percaya atau tidak, Erin mengajak aku ke station bas, dan mengajar aku untuk menaiki bas bersama dia.
Kami terus ke bandar dan ke pasaraya terkemuka di bandar sana.
Di dalam bas, Erin menyatakan yang dia tidak kisah tentang harta , Cuma keihklasan yang perlu ada.


Ini pengajaran kedua buat semua
mencintai dengan keihklasan bukan kebendaan
keihklasan Erin buatkan aku semakin mempunyai perasaan yang makin mendalam.



Hari demi hari berlalu, hari jadi aku hampir tiba , aku ingat lagi bagaimana dia menunggu di gelanggang tenis dengan cake dibelakang menanti aku, dia menyuruh aku datang ke situ dengan segera, dia menunggu dengan penuh sabar. Aku hadirkan diri ke situ, aku memasuki gelanggang, walaupun hari itu masih ada beberapa hari sebelum hari jadi aku, dia memasang lilin dan menyuruh aku tiup  lilin itu sambil mengucapkan”selamat hari jadi awak.”

Dalam keadaan dilamun cinta, aku tidak menafikan  pelajaran aku terjejas teruk, ketika di semester ke 3, aku merupakan seorang dekan dengan pointer 3.52, dan sewaktu di semester ke 4 ketika aku bercinta aku hanya memperoleh pointer 2.10. Aku berkeras dengan semua pensyarah bukan cinta sebabnya aku peroleh keputusan seperti itu.
Oleh kerana seorang pensyarah yang mungkin tidak menyukai aku, dan aku tidak suka subjeknya aku dijatuhkan tanpa sebab, mana mungkin seorang pelajar dengan pointer melebihi 3.00++ selama 3 sem mendapat pointer serendah itu. Dan aku anggap ianya satu konspirasi untuk menjatuhkan aku.
                
Nama aku disebut sebut dalam mesyuarat pensyarah-pensyarah bersama pengarah , aku jadi terkenal di kalangan semua pensyarah, disebabkan aku tidak punya rekod yang teruk mereka membantu aku untuk menaikkan pointer aku. Pointer aku naik menjadi 2.16.
Aku ditakutkan dengan tidak akan mendapat pinjaman Ptptn jika pointer aku hanya setinggi itu.
Percaya atau tidak, di semester ke 5, pointer aku setinggi 2.93,
dan di sem 6, pointer aku ialah 3.51.

inilah pengajaran ketiga untuk korang
bercinta bukan sebab korang untuk gagal dalam pelajaran, dan mencintai bukan akan menyebabkan korang gagal,”




Jadi aku selalu buat Erin tersenyum dengan sikap gila gila aku. Kadang aku jadi seromantiknya pada dia.
Aku tidak punya telefon yang canggih untuk whassap, wechat, instagram ketika itu, jadi aku selalu beli kad ucapan dan aku berikan pada Erin untuk dia baca dan jadikan sebagai satu memori indah pada masa akan datang.
Aku selalu mainkan gitar untuk Erin. Walaupun suara  aku tidak semerdu mana aku nyanyikan lagu yang menjadi ingatan untuk aku dan dia
“Hanya Aku”




Hari terus berlalu, banyak memori indah yang tercipta antara aku dan Erin,
ketika kami camping di pantai Port Dickson( kami bukan berdua, beramai er), malam itu adalah pekara terindah yang kami lalui, di hadapan laut, langit yang gelap dan ditemani bintang bintang ketika kami bersembang mengenai apa aku dan dia lalui , aku masih ingat , Erin mengengam tangan aku, dan apa yang dikatanya menjadi satu ingatan buat aku.
“ jangan lepaskan gengaman tangan ini”
dan aku temani dia di situ hingga pagi bersama kawan kawan yang ikuti camping itu.


Tidak lama lagi semester akan berakhir, aku dan Erin akan menamatkan pengajian di kolej itu.
Aku masih ingat lagi saat aku perlu pergi dari kolej, dan meninggalkan dia ketika aku tamat belajar dan perlu pergi membuat latihan industry ( practikal). Hanya terlihat linangan air mata dan ucapan semoga berjumpa lagi di lain kali.
Ketika waktu aku mula mengenali Erin hingga ke latihan industri, aku baru berusia awal 20 an, terlalu muda dan bodoh untuk mempunyai tanggapan buruk terhadap sesuatu, mungkin perenggan seterusnya adalah tidak seperti sangkaan oleh semua pembaca.


Inilah pengajaran keempat untuk semua
jangan mengharap terlalu tinggi, kelak jatuhnya bederai dan hancur sudah pasti





Erin dan aku mulai memasuki ke dunia pekerjaan, keadaan mula berubah, tidak seperti dulu lagi. Kami bukan lagi di zaman belajar, kesilapan aku ialah mengharap, menunggu dan setia.
Kerana baris baris perkataan seterusnya adalah di mana hancurnya hati seorang lelaki yang ihklas menyintai
Aku menyedari mesej mesej yang dibalas semuanya pendek dan tidak bermakna dan hanya 2, 3 kali satu hari.
Aku tidak marah, aku tidak perlu bahaskan apa apa lagi. Sebab diri aku mengetahui apa sebenarnya terjadi.
Kerana apa yg berlaku ialah hari hari berikutnya selama 10 bulan,
hanya aku,
hanya aku
yang menghantar mesej mengucapkan selamat pagi, jangan lupa makan di waktu tengah hari, , jage diri sebaiknya di waktu senja, dan selamat malam serta mimpi indah di malam hari.
selama 10 bulan berlarutan, dalam ingatan aku hanya menerima mesej yang dibalas selepas 4 bulan. Itupun hanya “ Baik awak”. kemudian hilang.
Betul, aku masih tidak punya handphone yang canggih lagi ketika itu.
dan aku ditinggalkan tanpa kata dan berita.

Dan aku tahu dia bukanlah takdir yang tertulis buat aku.

Sehingga aku tamat latihan industri, dan pulang ke kolej, hanya memori memori indah yang tinggal, sedangkan dia sudah jauh menghilang.
Aku hanya terdiam.
Merenung dan bertanya mengapa serta kenapa?
Suatu hari ketika aku bermain laman sosial yang bernama Facebook, seseorang add aku sebagai kawan, aku melihat, dan terus ke profile pagenya sebelum menekan butang confirm.
Ternyata, hati yang setia, menunggu selama waktu yang ada, ternyata bukan dibalas dengan sesuatu bermakna. Terlihat gambar dia yang begitu rapat dengan seorang lelaki, begitu banyak, tanpa disangka air mata mula berlinang. Apa yang aku pelajari hari itu adalah tentang
manusia yang berubah ubah, mengikut perasaan dan penipuan yang paling menyakitkan.
Lelaki itu adalah bossnya, seorang anak dato, punya Honda Accord yang tebaru, dan sememangnya memang anak orang kaya.
Aku tinggalkan Fb dan terus ke beranda di tingkat 20, condo yang aku duduk dan bermain gitar.

Sebab dia tak kacak, dan aku rasa aku lagi Smart.

Jadi aku hanya meneruskan hidup.
Kesilapan aku ialah, aku tidak punya rasa marah, aku Cuma punya rasa sedih dan kecewa, kesilapan aku ialah, aku tidak sekalipun memaki, malah terlalu lembut dan sopan bila berkata , dan ternyata dia tidak pedulikan aku sebab aku seorang yang hatinya mudah rapuh.
Betul kata orang, terlalu baik sehingga kesempatan untuk orang melukakan.

Inilah pengajaran ke enam yang sangat penting,
manusia mampu berubah, melukakan ,mengkhianati  dan membiarkan, jadi kuatkan diri sendiri, jangan biarkan orang ambil kesempatan atas kebaikkan diri dan ingatlah pasti ada pengajaran yang bermakna yang akan jadi ingatan untuk kita di masa hadapan

kita bukan barang mainan, yang boleh dimain mainkan

hati dan perasaan jangan dimainkan jika tak akan memakan diri semula, jika bukan sekarang, suatu hari nanti, jika bukan kita, ingat Tuhan itu maha adil, anak kita, adik kita mungkin mengalami apa yang kita lakukan pada orang lain




Hari graduasi pun hampir tiba. Kebodohan aku ialah masih mengharap, di dalam dewan beribu orang itu aku masih mencari Erin.
Aku tidak begitu fokus pada graduasi, sedangkan di  Hari Graduasi pertama kolej itu dan aku ialah orang pertama yang akan menaiki pentas graduasi , dan di tangan aku punyai surat.
Aku berikan surat terakhir itu pada Erin, dengan harapan moga dia akan ingati aku selamanya. Itu saja yang dapat aku berikan.
Dia masih menawan, dialah satu satunya orang yang selalu buat aku jatuh cinta dari hari ke hari tapi sayang, mungkin ada sebab kenapa dia buat macam ni pada aku.
Aku tahu ada pekara tidak dapat diungkapkan dengan kata kata,
jadi hari graduasi pun berjalan seperti biasa.

Ketika nama aku yg pertama disebut dan sebagai orang pertama dan merupakan junior termuda di hari graduasi pertama kolej itu aku menaiki pentas. Aku masih ingat tepukan gemuruh beribu ribu orang di situ, aku lihat senyuman Mama abah aku, dan aku lihat pandangan mata Erin melihat aku. Saat itu aku dapat satu mesej masuk. Aku membacanya setelah turun mengambil skroll…

“Erin: Taniah …awak”

Aku tersenyum namun dalam masa yang sama, hati ini sudah patah dalam keadaan yang teramat teruk.

Jadi, aku ucapkan,
Selamat Tinggal Di Graduasi,
pada Erin , itulah hari terakhir aku lihat dia, dan dari jauh aku selalu mendoakan agar dia bahagia walau di mana pun dia sekarang.

Selamat Tinggal Di Graduasi




0 comments:

Post a Comment