Wednesday, December 28, 2016

Piano Si Comeru 2




Dia tersenyum riang. Menunjukkan giginya yang makin banyak tumbuh. Senyuman yang lansung tidak ubah seperti arwah mamanya. Kelihatan comel dan ramai menyukainya. Si kecil yang semakin membesar. Kulitnya yang cerah dan mata yang agak besar membuatkan dia menjadi perhatian ramai.


Aria tersenyum di atas kerusi piano itu. Dia seakan amat menyukai piano itu. Piano bewarna kelabu yang amat cantik. Jualan murah barangan musik di sebuah pasaraya besar sedang berlansung.  Aku melihat satu persatu piano yang terjual di tengah tengah pasaraya itu. Sambil memerhatikan Aria yang sedang menekan nekan kekunci piano itu.

Dari jauh kedengaran suatu alunan bunyi yang indah dan amat merdu. Kelihatan ramai orang mengelilingi kawasan tersebut. Aku sudah tahu mesti anakku, Aria buat hal lagi. Budak kecil itu seperti arwah mamanya yang gemarkan piano dan biola. Aku tersenyum dari jauh. Lagu yang aku ajarkan dimainkan Aria dengan lancar. Sememangnya Aria mewarisi bakat dari arwah mamanya yang hebat bermain piano. Teringat sewaktu mengenali arwah mama Aria dulu.





Aku mengelamun seketika. Seorang gadis datang menghampiri Aria. Aku masih melihat dari jauh. Setelah gadis itu duduk di sebelah Aria, Aria berhenti bermain piano. Tepukan gemuruh dari orang ramai menguasai suasana di kawasan itu. Gadis itu mula mengerakkan jari jemarinya di atas piano tersebut.




Aku seakan akan terpaku!
Aku tersentak. Lagu yang dimainkan oleh gadis itu ialah lagu yang sering arwah mama Aria mainkan pada aku dulu. Aku belari untuk berada berdekatan dengan piano itu. Aku tertanya tanya siapa yang sedang mainkan lagu itu?
Aria membantu dengan menekan kekunci yang diketahuinya, kelihatan comel dan hebat persembahan mereka. Ada seorang lagi yang pernah bermain dengan aku lagu itu. Aku mula teruja. Aku berada di hadapan piano itu.




Sangkaanku tepat! Gadis itu pernah muncul dalam hidup aku dulu. Sebelum aku bertemu dengan arwah mama Aria. Gadis itu sungguh menawan. Kulitnya juga cerah seperti Aria, senyuman yang cukup menawan hati semua orang. Senyuman itu jugak membuatkan aku merasai rasa mencintai itu semula.

hampir 4 minit berlalu, persembahan Aria dan gadis itu tamat. Satu lagi tepukan gemuruh diterima oleh mereka. Aria tersenyum kegembiraan memandang kakak yang sedang duduk di sebelahnya.
Gadis itu melihat Aria sambil memujinya “pandai adik main piano. Siapa ajar?
Aria tersenyum membalas “papa”
Gadis itu bertanya lagi sambil mecubit pipi Aria “Papa mana?”
Aku berdiri dekat dengan piano itu. Melihat gadis itu sambil tersenyum. Gadis itu melihat aku tanpa kata. Terdiam dan mukanya merah padam.
Gadis itu melihat Aria semula “ ini papa kamu?”
Aria mengangguk.
“Alia”
Tidak salah lagi. Alia tersenyum lalu mengajak aku untuk minum dan berbincang di suatu tempat.


Terlalu lama aku dan Alia tidak berjumpa. Selepas SPM dulu kami sememangnya rapat tapi atas sesuatu sebab kami semakin jauh dan jauh. Alia mengetahui tentang aku dan kematian isteriku bertahun dulu. Aria juga mulai menyukai Alia yang amat rapat dan erat dengannya. Aku dan Alia berhubung kembali.




Hari demi hari berlalu. Aku selalu membawa Aria berjumpa Alia. Bermain bersama sama di taman, berjalan jalan. Entah kenapa hati aku begitu tenang melihat Aria bersama Alia. Mungkinkah ini tanda tentang masa depan yang berbeza.
Satu hari aku berjumpa Alia. Aku tinggalkan Aria bersama neneknya di rumah. Aku inginkan suatu kepastian yang pasti.

Alia belari lari seperti budak budak di lereng bukit itu. Suasana waktu petang itu sangat indah. Apa yang aku ingin tahu ialah tentang perasaannya terhadap Aria.
Jawapan yang aku dapat ialah suatu yang mengembirakkan hati. Dia menyatakan yang dia terlalu menyayangi Aria, dan menganggap Aria seperti anak sendiri. Ditambah pula Aria selalu menmaninya sekarang. Aku bertanya pada Alia kenapa dia tidak berkahwin sehingga sekarang?




Alia terdiam. Dia memandang aku. Dia menunduk, dia menyatakan setelah aku dan dia berjauhan dulu, dia pernah mencari dan dia dikecewakan. Dia hampir mengahwini seseorang tapi itu bukan takdir yang tertulis untuknya.

Kemudian Alia melangkah perlahan untuk menuruni bukit. Aku mengikutinya dari belakang. Memikirkan masa depan yang akan penuh kegembiraan pada Aria kelak dan perubahan dalam kehidupan aku.
Tiba Tiba Alia hilang dari pandangan, terdengar keluhan kecil menjerit meminta tolong. Aku belari ke arah Alia yang terjatuh telanggar tunggul pokok di kawasan bukit itu.
Aku ketaw kecil melihat dia menjerit sambil menahan kesakitan.
Alia memandang aku dan mukanya merah padam.
Alia tidak mampu begerak lagi. Kakinya terkehel dan perlu dibawa ke hospital dengan segera.
Tanpa membaung masa aku mendukung Alia balik ke rumah.



Aku tahu Aria pasti gembira dengan berita yang aku sampaikan ini.
Aku ingin mengahwini Alia. Aria pasti seronok. Aku pun seronok jua.
Aku mengajak Alia ke suatu tempat dimana di situlah tempat yang paling aku sukai.
Di mana di bawah langit yang hanya dipenuhi bintang bintang.
Di situlah aku akan melamar Alia.


Saat itu hati aku berdegup kencang. Seperti waktu pertama kali dulu. Alia melihat aku dengan penuh tanda tanya.
Apakah pekara sebenanrya yang cuba aku sampaikan.
Alia menunggu.


Aku mengeluarkan kotak, dan memberikan pada Alia. Alia tersenyum.
Tiada jawapan yang diberikan.
Alia cuma membalas,
"awak tahu apa yang paling saya suka selain melihat bintang?"

"selain suka melihat bintang, saya juga suka melihat awak"

Aku tersenyum, melonjak kegembiraan. Malam itu antara malam terindah yang pernah aku lalui.
Aria pasti tidak sabar untuk mengetahuinya.

Tidak berapa lama kemudian , semua persiapan telah pun siap. Aku dan Alia telah menjadi suami isteri yang sah. Aria kelihatan sungguh gembira dan tiada apa yang dapat digambarkan dengan kata kata.
Bertahun tahun Aria tanpa kasih sayang seorang ibu, kini penggantinya telah aku temui.


Sekarang semuanya berubah. Aria kini ditemani seorang mama yang sangat penyayang dan memahami. Berlatih bermain piano bersama, ke mana mana pun bersama.
Aku hanya mlihat saat saat berlalu terlalu indah.

Senyuman yang terukir tiada bandingnya.


Semuanya hampir berakhir. Piano si comeru itu terus dimainkan dengan penuh merdu dan lunak. Tiada terhenti noktah sesebuah cerita itu di sini.  Ia terus akan berlalu dan meneruskan hari esok.
Walau aku bersama dia kini, aku akan ingati dia buat selamanya dan mencintai seihklas hati. 

Bertahun berlalu. Aria semakin membesar. Kini hidup penuh kebahagiaan.
Aku masih di sini menulis tentang kebahagiaan cinta yang terjadi, Piano si Comeru tidak pernah jemu dimainkan, lagu yang sama bertahun dulu masih segar di ingatan.
 aku masih ingat lagi kata kata dia malam itu 

"selain suka melihat bintang, saya juga suka melihat awak"

"Melihat awak bahagia buat selamanya."





0 comments:

Post a Comment