Monday, January 13, 2014

Jangan Pergi Cinta


 Aku kecewa kecewa dan kecewa lagi. Apalah nasib, cinta penuh madah berhelah, hanya anggapan tentang kesempurnaan kasih sayang kesetiaan yang berterusan, tapi aku tidak mempedulikan sebab keesokkan hari masih ada untuk ditempuhi.

Masih perlu ceria untuk hari esok. 


Aku jalani kehidupan seperti biasa. Kehidupan seorang pelajar yang penuh dengan kecerian, mengila , dan penuh imaginasi. Walau pedih itu aku simpan dan pendam seperti tiada apa apa yang berlaku. 
Namun kekecewaan terluka itu sudah aku rasa, sakitnya melangkau batasan paradigma manusia.

Sewaktu aku berjalan jalan, kelihatan nya seorang yang aku kenali, namun tidak pernah aku rapat namun perasaan apakah yang datang bila melihat seorang gadis seperti dia keseorangan. Langkahnya tiap ketika berjalan seperti memirkan sesuatu yang amat berat.

Aku tahu diri aku pasti tidak disedari, siapalah aku?? bezanya bagai langit dan bumi, tarafnya tidak sama, manakan gadis secantik puteri ingin melihat kehadiran lelaki biasa seperti aku. Cuma berharap dirinya menyedari tentang diri ini.



Hari itu, kelihatanya dari jauh dia memakai baju yang warna sama dengan aku, bila aku menghampiri terus aku menegur. Kerana kami mengenali sesama sendiri cuma tidak begitu rapat entah bagaimana ada rasa itu datang, menegur siapa dengannya membuatkan aku tidak lupa pada hari hari seterusnya.

Malam itu yang menariknya kami berjumpa, kadang aku bertanya ini takdir kah yang menemukan dan yang memisahkan, aku dan dia berbicara , melihatkan aku yang berseorangan tiap malam, aku pun berjalan jalan lah dengan gadis itu.


Aku duduk di situ di tempat lapang dengan gadis itu, dan bersembang sembang sehingga pulang.

Keesokkan harinya aku bangun keadaan seperti begitu ceria, macam astro ceria, aku lupakan segala kecewa aku melangkah tersenyum melambai ke arah dunia. 
Aku sudah jatuh cinta ke?? jadi aku berusaha untuk dapatkan cinta aku...

tetapi di detik aku ingin menyatakan cinta aku, seperti hilang pemikiran aku, aku terdiam, kaku dan tidak mampu berbicara. Aku terasa seperti apakah akan aku disakiti dan dikecewakan lagi...apakah betul segala yang aku buat, kenapa perasaan sekarang menghalang, menghalang aku untuk menyatakan cinta..

Hanya kerana aku terlalu lemah, lemah dna bodoh, aku biarkan dia yang punya perasaan terhadap aku berlalu begitu saja...


hahaa, terus aku mendiamkan diri dan berlalu.

Gitar yang ada aku mainkan di saat itu, aku menyanyi, aku berbicara mengunakan lirik, agar pesanan hati aku dapat disampaikan, dia memandang aku, 
malu rasanya hati bila ditenung sebegitu...

maaf aku tidak punya kekuatan untuk meluahkan...
kerana kecewa semalam...
seakan pelik menghampiri...
semuanya terjadi begitu cepat....

Jangan pergi Cinta...


Tersenyum si gadis , melihat telatah aku, walau aku tidak mampu luahkan, cukuplah kalau kau mampu gembira dan tersenyum melihat aku, 
kerana kau 
'the one and only'
ingat... tapi kau tak akan pernah tahu rasa cinta yang ada dalam diri aku ini
mampu membahagiakan diri kau..


Kerana aku pasti di sisi, ketika kau memerlukan, pedulikan kata orang yang tidak pernah memahami, biarkan mereka terus melabel dan memandang buruk aku, kerana mereka tida tahu aku yang
sebenarnya...

dan yang pastinya, jika ada kesempatan di suatu masa,
akan aku luahkan pada diri kau..


Jangan pergi ...
cinta



0 comments:

Post a Comment