Tuesday, June 28, 2011

Memoria Mia

Ingat atau tidak waktu kecil dulu? kita suka bermain bersama sama, kau sering mengejari aku. kita selalu berlari bersama sama, ke sana sini bersama sama.. kau masih ingat  tentang kita?
Aku masih ingat sewaktu kita kecil dulu kau dan aku pernah masuk ke dalam hutan bersama. Kita bermain di sana.. Aku masih ingat waktu itu. Di sekeliling kita penuh dengan rumput rumput hijau yang tinggi...

Sewaktu itu aku memegang tangan kau, kita berjalan meredahi semak itu. Waktu itu kita terlalu kecil tapi aku masih ingat saat itu. Walau terlalu kecil kau tetap memegang tangan aku agar kau tidak ketinggalan di belakang. Saat yang sungguh menakutkan kau pada masa itu sehingga kau menagis kerana tidak menjumpai jalan pulang..namun setelah setengah jam ibu bapa kita menemui kita di situ...


 Masih ingat lagi waktu kita berlari lari?, kau selalu menarik tangan aku ke mana saja. kita selalu berlari lari dengan gembira. Tidak ada sebarang perasaan sedih pun pada waktu itu. Penuh gelak tawa...
Aku masih ingat kita selalu makan ais krim bersama sama.. kita selalu berkongsi kongsi aiskrim. Kau amat suka dengan perisa chocolate aku pula vanilla kadang kadang kita mencampurkanya dan makan bersama sama.. ^_^ semuanya indah pada waktu itu...

Mia, aku masih ingat waktu kita masih kecil dulu aku pernah mengucup pipi kau sewaktu kita duduk bersama sama, di waktu senja sudah hampir malam berdekatan luar rumah. KONON SWEET LAH  UE HEH.. padahal saja jer nak menggatal.....  Aku pun tidak tahu mengapa mungkin hari itu hari terakhir kita bersama... Memoria waktu kecil ini bersama kamu Mia sukar tuk ku tinggalkan...









Memang apa yang ku fikirkan semalam telah membuatkan kita terpisah jauh..jauh yang aku tidak tahu hendak katakan. MAMA membawa ku pergi berpindah dari situ aku melihat kau berdiri keseoragan melihat aku pergi... aku hanya terdiam kerana tidak mengerti begitu jua dengan kau Mia, kau hanya terdiam diam berdiri di situ...aku berlalu pergi dari kau semakin lama semakin jauh semakin tidak kelihatan diri kau lagi MIA..

Sejak hari itu, aku bersendirian, menanti engkau datang untuk menemani aku semula..aku menunggu dari kecil lagi.. untuk mengimbas kembali memoria kita sewaktu kecil dulu... sendirian di tepi sungai menanti kau...


Masa terus berlalu dan aku terus membesar .. kini aku telah meningkat remaja namun aku masih ingat memoria kita.
Suatu hari, aku terlihat seorang gadis duduk di hadapan matahari terbenam..aku lihat dia keseorangan
 Aku menghampiri.. semakin dekat semakin aku rasakan debaran makin kencang dada aku ini...AKU semakin dekat dengan dirinya..

Aku sudah berada di belakangnya. Dia berpusing.. dan merenung aku, aku membalas renunganya itu.. dia memnadang ke dalam mata aku.. aku hanya membalas di situ... Aku tercengang dia seperti seorang yang pernah aku kenal, pernah aku rapat suatu masa dahulu...
Bagaikan di dalam filem apabila sang kekasih bertemu semula pelbagai kenangan lalu bermain di fikiran..
berlari bersama sama, bermain, bergelak tawa bagaikan sebuah filem yang dimainkan semula di dalam fikiran aku...
Sememangnye jika telah ditakdirkan untuk bersama buat selamanya walau dipisah lautan sekalipun, tetap akan bersama.. Setelah merenung selama beberapa ketika, ternyata dialah Mia, aku terlihat dilehernya dikalungkan sekalung rantai.. aku mengenali rantai itu kerana aku pernah memberikan kepada Mia...
Mia... nama itu ku sebutkan ternyata harapan aku tidak musnah di situ. Sememangnya itu Mia, Mia tiba tiba menagis.. Dia menagis sambil melihat diriku... Tidak ku tahu mengapa mungkin kerana memoria pernah tercipta dahulu bersama dia... Mia menyebut namaku ( nama rahsia x leh gtaw ^_^).. Aku mengangguk.. Mia tersenyum lalu memeluk ku...


Bagaikan dalam filem cinta, apabila bertemu kembali perasaan indah dan bahagia itu muncul dalam diri dari lubuk hati seseorang.. Sang Matahari terbenam menyaksikan pasangan teman yang telah berpisah bertemu kembali...
Memoria dahulu berulang kembali...setelah sekian lama berpisah jika telah ditakdirkan bertemu, akan bersama jua selamanya...




Memoria Mia...




Notes: Memoria Mia, Mia sebenarnya seekor kucing yang pernah wujud dan pernah ku bela dahulu. Seekor kucing berkaler oren putih yang muncul dalam hidupku untuk seketika dan kemudian hilang buat selamanya. Aku masih ingat sewaktu pertama kali berjumpa mia malam itu, aku keluar membuang sampah, mia mengikut ku hingga sampai ke rumah.. Aku memberikan dia makanan, dia makan dengan penuh semangat, keesokkan hari Mia munccul lagi, aku mula bermain bersama Mia, setiap kali aku keluar Mia mesti ingin ikut, bila ku pulang dari sekolah Mia sudah berada di depan pintu pagar menyambut kepulanganku..hingga genap sebulan Mia hilang keesokkan hari. Aku tidak tahu ke mane Mia pergi... Buat Mia di mana pun kau sekarang aku masih berharap akan berjumpa kau semula...
Kisah MEMORIA MIA ini diolah menjadi manusia kerana untuk membuatkan imaginasi aku menjadi kenyataan di mana seekor kucing yang sangat aku sayang hidup sebagai manusia...
seekor kucing yang pernah menemani hidupku... Mia




9 comments:

sweet lah tu ? haha , mesti comel kucing tu kan . sedih aku bace .

Anonymous
June 28, 2011 at 5:54 AM

^_^ yes u r

June 28, 2011 at 6:10 AM

niceee

June 28, 2011 at 7:20 AM

so sweet..sbar2..nnti dye dtg kt ko blek jd kucing pling comel dlm dunia..:P

August 21, 2011 at 1:54 AM

^_^ insyaallah.. harap harap mcm uelah... tengok tuan dye comel hehehe

August 21, 2011 at 2:10 AM

prasan la dye ni..:P

August 21, 2011 at 6:58 AM

jeles hahahah :P

February 25, 2012 at 4:20 AM

mea comel cam mia kucin ni :D kn2 :D

February 25, 2012 at 4:26 AM

mea... ea sye :)

August 25, 2012 at 9:34 PM

Post a Comment