Tuesday, December 30, 2014

Harapan Hari Esok


Kasut sang gadis itu terungkai ketika berjalan. Melalui denai denai bukit untuk sampai ke puncak bukit yang punya pemandangan terindah. 
Aria belari -lari perlahan menuju ke hadapan sedang aku melihat dia dari belakang sambil tersenyum.
Kemudian dia terduduk. Kepenatan sambil tersenyum melihat aku dari batu itu.
Aku menghampiri Aria.


Aku ikatkan tali kasut Aria yang terbuka itu. Aku bangun dan memberikan senyuman sambil mengelap peluh di dahi Aria. 
Dia bangun dan terus menarik tangan aku belari ke arah atas bukit yang semakin hampir.

Aku terpaku  dan tersenyum dan terus mengikuti langkah langkah Aria itu.


Tidak terlalu lama, aku dan Aria sampai ke puncak bukit. Pemandangan di situ memang tersangat indah. Memang benar kata orang antara pemandangan tercantik ialah dari atas bukit.
Hilang segala penat bila menikmati pemandangan yang cantik dari atas bukit.


Dan aku terus tersenyum bersama Aria di sisi ketika itu . Walaupun hati ingin menyintai namun perasaan itu terpendam di dalam diri.
Akibat terlalu melayan emosi dan perasaan kami terlupa kawan kawan yang baru sampai, dan terus dibahan sebagai 1 keadaan lawak.

Beberapa minggu kemudian, aku terlihat Aria di suatu tempat yang tiada orang.
Aku menghampiri  Aria.

Aria sendirian. Sesuatu difikirkan.
Rupa-rupanya Aria sedang menangis kerana merindui keluarganya yang jauh. Aku berada di sisi Aria.
Tiba-tiba Aria mengengam tangan aku dan meminta aku supaya tidak pergi darinya.
Aku terdiam.

Aku memujuk Aria untuk pergi ke suatu tempat ....

kerana aku gembira dan ada sesuatu perasaan yang tidak dapat diungkap ketika berada seiiring dengannya


Aria sangat menyukai alam. Gunung dan laut menjadi tempat pilihan untuk melapangkan fikiran. Terlihat ketenangan Aria bila tibanya dia di tepi laut itu.


senyuman menawan di antara pipi yang kemerahan itu muncul kembali.
Aku masih belum meluahkan rasa yang terpendam itu.

Beberapa minggu kemudiannya sebelum semester berakhir aku mengajak Aria untuk keluar.
Aria menerima ajakan tersebut.
Sebenarnya aku hanya ingin berjumpa dengan Aria sahaja
Aku berjumpa Aria di suatu tempat yang lapang dan luas..
tenang lagi mendamaikan...



Aku membawa gitar untuk menyanyikan lagu pada Aria. Hari ini aku akan pastikan aku meluahkan segala rasa yang ada dalam hati, walau Harapan masih ada pada hari esok.
Aku nyanyikan sebuah lagu pada Aria ..


" aku cinta padamu "

Dan Aria kelihatan tersneyum di samping kemerahan pipi yang terserlah...
Aku dan Aria meluangkan masa sehingga petang.
Berbagai-bagai pekara kami lakukan bersama, segalanya kami kongsi bersama...
sehinggalah saatnya aku luahkan rasa yang terpendam..



Aku mengungkapkan apa yang perlu... aku berbisik pada telinga Aria..

AFIFI HELMIE!
AFIFI HELMIE!
bangun

Afifi helmie sila berdiri sekarang!
waktu saya mengajar awak boleh berangan dalam kelas!

Angan-angan yang meninggi aku tadi terhenti dan musnah sekelip mata. Lecturer yang sedang mengajar di dalam kelas menjerit memanggil nama aku membuatkan aku terus fokus dengan apa yang dikatakannya.
Aku ditertawakan oleh rakan rakan kelas.
Apalah nasib sudah takdirnye... namun semasa aku sedang berdiri aku tahu masih ada
Harapan untuk Hari esok...


Dan sewaktu aku berdiri aku melihat Aria sedang mengikat tali kasut anakku yang berumur 3 tahun...
sambil berdiri aku tersenyum...
kerana masih ada harapan untuk hari esok.. 

3 comments:

Best la cita abg..suka2 ^-^

January 1, 2015 at 4:03 AM

siapakah lonely?? hahaha, thank you so much for your comment, a lot pf appreciate, and dont forget to be the comeru fans, and to catch up next story of comeru

January 20, 2015 at 4:50 AM
This comment has been removed by the author.
July 23, 2018 at 4:38 AM

Post a Comment