Wednesday, September 18, 2013

Bukan Cerita Biasa-biasa



Ini bukan cerita hantu kalau korang semua nak takut takut baca. Bukan cerita Gangster, nak lu gua lu gua,  Bukan cerita komedi korang nak gelak suka suka , bukan cerita cinta nak merayu rayu dan romatik bagai, bukan cerita kematian nak sedih sedih menangis nangis. Tapi ini cerita , yang belum pernah korang baca, yang tidak akan terlintas di fikiran korang, dan tidak akan pernah korang bayangkan.
Ini bukan cerita biasa biasa.


Semuanya bermula dengan pertemuan aku dengan seorang gadis yang terlalu menawan. Cukup sempurna, sebab kan dia aku telah jatuh cinta, aku cuba mendapatkanya, Gadis cantik, lelaki mana yang x nak..
senyuman yang cukup menawan telah membuatku tergila gilakan nya melebihi orang giler dan disebabkan itu ini bukan cerita biasa biasa.





Tiba tiba sewaktu aku menghampiri gadis itu, dia suka suka hati je terus belari dan lari dan lari. Mungkin dia ingat aku ada masa yang banyak untuk bermain kejar kejaran dengan dia. Tetapi tidak mengapa , kerana nak dijadikan cerita aku terus mengejarnya sehingga ke suatu tempat yang aku perlu berdepan dengan ramai orang. Semua seperti gangster gangster, dan perempuan itu telah pun hilang. Ini sebab cerita ni bukan cerita biasa biasa.



Jadi aku terpaksa berhadapan dengan gangster gangster itu, walaupun aku seorang. Biasalah Hero mesti tidak boleh kalah !! Segala ayat Kl gangster aku keluarkan bila berdepan dengan gangster gangster itu. Suasana semakin rancak. Semakin menjadi jadi, biasalah bukan cerita biasa biasa, makin mengiler nampaknya.

- Lu panggil anjing anjing lu sekarang serang gua
-sebelum wa lahir wa dah mimpi itu ak-47 tembak lu orang mampus
-lu sapa wa maw goyang
-sial la jai!! mari perang

maka terjadilah pergaduhan hebat aku dengan gangster gangster itu. Setiap gerakan mereka aku tepis dan elak dan aku membalas. Tumbukan demi tumbukan, tendangan serta hantukkan segalanya aku lakukan demi mempertahankan diri..biasalah cerita mesti gempak sebab ini bukan cerita biasa-biasa.


Lebih kurang macam inilah aku berlawan. dasyat kan.  Hampir 2 jam setengah aku bertarung akhirnya semua tumpas dan jatuh. Hanya aku yang masih berdiri. Seterusnya aku terlihat bayangan gadis itu lagi. Dia terus belari lagi. Aku penat nak mengejar tapi terpaksa ceritanya sudah begini.


jadi aku kejar dan kejar hinggalah sampai di suatu tempat sunyi. Terlalu senyap dan gelap. Tetiba je bulu roma aku menegak. Kemanakah perginya gadis tadi lagi?? pertanyaan itu sekali lagi keluar. Disebabkan aku terlalu merasakan keseraman yang amat aku terdiam dan melangkah perlahan sehinggalah aku nampak sesuatu yang amat menakutkan.




GILER KAU!!! sumpah takut... Aku terus belari lari lari aku. Nak meraung dah tidak boleh buat apa apa. Aku terkejut, apekah kisah ini, tahulah cerita ini bukan cerita biasa biasa, tapi perlukah aku berhadapan dengan semua ini. Aku belari seperti kuda gila yang tiada arah tujuan , tidak aku sangka akan terserempak hantu yang menakutkan.

Ini memang bukan lagi cerita biasa biasa, aku teruskan perjalanan demi menyelesaikan cerita ini. Sehingga lah aku kepenatan. Aku sampai di suatu tempat yang lain pula... dan secara tiba tibanya gadis itu sedang menunggu di suatu sudut.


Saat indah kini bermula. Aku menghampirinya, setelah apa yang aku lalui , akhirnya seperti terbalas jua usaha yang sudah aku lakukan. Berbagai rintangan yang aku lalui untuk sampai di sini. Semakin aku menghampiri sudah kelihatan rupanya yang cukup menawan dan sangat jelita. Andai ini pertemuan yang indah moga aku dan dia akan dapat bersama buat selamanya.

Akhirnya aku bertentang mata, dia melihat aku aku melihat dia. Ternyata pertemuan ini sangat indah, inikah yang dinamakan cinta panddang pertama (hak tuih cinta) aku mula berkenalan dengan dia. Sebagai mana kisah kisah cinta yang lain.

Tapi indahnya cuma seketika yang pastinya ini bukan cerita biasa biasa, betul kata orang yang cantik indah dan manis bukan buat selamanya, baru sekejap aku meniti bahagia rupanya kematian yang datang...dan mengakhiri hidup aku ini...


Aku dibunuh berdepan sebegitu.
Akhirnya misteri terjawab...saat jantung aku terhenti...aku mati... Cerita ini bukan cerita biasa biasa...
walau aku sudah mati, aku bangun untuk menulis cerita ini buat tatapan semua pembaca..
moga yang membacanya akan mengingati aku sehingga akhir hayat....
jadikan pengajaran hingga akhirnya...

Ingatilah aku yang menulis, jika tidak mahu kematian mengakhiri!


0 comments:

Post a Comment