Thursday, September 4, 2014

Sayang, Bukan Aku Kau Milikki

"Tak semua orang boleh buat aku jatuh hati, dan tak semua orang boleh buat aku jatuh cinta"


"Aku benci kau! jangan kacau aku lagi!
Aku dah jadi tunang orang!"

Kata-kata itu buatkan aku tersentak. Terdiam. Aku tak mampu berkata apa apa lagi. Semuanya seperti di awang-awangan ,kenyataan yang amat perit untuk diterima oleh seorang manusia.
Tapi aku dapat lihat di matanya penuh kesakitan dan keterpaksaan mengeluarkan kata-kata seperti itu, apa yang terjadi masih aku tak pasti...

5 bulan sebelumnya

Perkenalan itu amat bermakna, sewaktu kawan-kawan seorang gadis yang agak pendiam, tersenyum dan memiliki sifat menawan mengusiknya dengan menyebut nama ku di student centre tempat pembelajaran atau perbincangan pelajar tujuan untuk mengusik aku hanyalah gurauan namun tidak sangka aku mampu jatuh hati terhadap dirinya.


Xuhila, sang gadis pendiam, si pengukir senyuman , dan penuh ketenangan.
Malam itu sewaktu kita masih tidak mengenali, segala-galanya seakan indah.
Kita menjadi rapat dalam tempoh masa singkat.

Walaupun aku sedar aku berada di semester terakhir aku berjanji pada dirinya aku akan gembirakan dia sehingga berakhirnya semester yang akan aku lalui.
Tempoh 4 bulan teramat indah, Xuhila seperti puteri raja yang sering aku baca di dalam cerita dongeng.


Masih ingat malam kita keluar bersama. Gengaman tangan itu jangan pernah dilepaskan walau macam manapun. Aku sebenarnya terlalu takut untuk menjadi sendirian lagi.
Aku berusaha sebaik mungkin untuk mengembirakan dia.

Senyuman yang terukir sudah cukup bermakna untuk aku mengetahui tentang ertinya kasih.
Di pagi hari di dataran itu, aku hanya mampu merancang segala perjalanan indah yang akan kita tempuh, namun masihkah kau ingati segala-galanya?


Sebenarnya aku tak mampu lagi untuk ungkapkan segala cerita di sini.
Maafkan aku jika aku tak sempurna.
 Sayang, bukan aku kau milikki...

Kata-kata terakhir dari dia semalam cukup membuatkan aku rasa terlalu di bawah.
Aku tak pernah memarahi walau sekali, tiada paksaan, dan aku tahu jauh di sudut hati, kau memaksa diri untuk meluahkan perasaan yang kau sendiri tidak mahukan.

apa yang terjadi sebenarnya, jika aku tidak membuat silap seperti yang dikatakan , aku tiada kesalahan kenapa masih pergi tinggalkan aku...
kenapa menipu diri sendiri?....
apa yang kita lalui selama ni cuma apa?...

aku tewas, sebabkan aku mahu penjelasan aku terpakssa membuat perjanjian untuk tidak mencari kau lagi buat selama-lamanya, tapi aku jadikan ini sebagai warkah terakhir untuk diingati...

aku tidak pernah meninggalkan...

kerana cinta itu hadir penuh ihklas, pergi tanpa diduga dan memberi kesan yang terlalu bermakna...


xuhila, kemudian pergi , melangkah dengan air mata di  hati.
Kerana aku sedang menangis saat dia mula jauh ...
dan tiada apa apa lagi dapat aku katakan..

tiap kali aku melihat hanya secebis memori yang hadir yang mampu membuatkan air mata aku jatuh...
sebaiknya, nanti berbahagialah..
buat selamanya....

sebenarnya aku masih tak faham kenapa kau jadi tunang orang?....
dan kenapa secara tiba-tiba kau boleh membenci orang yang kau kasihkan...
hari ini  aku belajar, untuk menerima..
tapi aku hanya mahu penjelasan sebenar sebab aku tahu  kau menipu aku...

menipu atas pekara yang kau x mahukan....

maaf.

x mampu trusskan lagi...sbab aku masih x faham...




0 comments:

Post a Comment