Saturday, February 16, 2013

Hadiahkan Aku Sebuah AL-QURAN

Sedang aku berjalan jalan di perkarangan masjid pada petang itu, lebih kurang selepas solat zohor dan telah berlalu lama, aku terdengar suatu suara mengasyikkan, alunanya ternyata indah sedap didengari , apakah ini namanya anugerah Allah s.w.t yg menciptakan tiap sesuatu itu dengan indah.

Tidak mampu ku menunggu, ku naik ke atas masjid mencari cari suara itu, di satu sudut kelihatan ramai peljar pelajar lelaki dan perempuan sedang duduk memandang AL-quran yg suci membaca, di samping ustazah yang mengajar di situ. Kelihatan seorang gadis ku lihat dari belakang sedang membaca kitab suci orang islam dengan penuh merdu, dan tiada salahnya.  Dari pandanganku , berkata suara sedap orang mesti tidak terlalu cantik..

selang beberapa saat, dia menyudahkan bacaan, bersalam dengan ustazahnya, mencium AL-QURAN dan membawanya dengan tangan kanan, langkahnya terus ke arah aku.
Aku terpegun...


persis Hana tajima, comelnya aummmmm. Bagai tidak keruan, aku jatuh hati, aku tidak bergerak sedikitpun dari  pintu yang ada sliding door sehinggalah suara yang merdu tadi bersuara semula...

"Awak tumpang lalu..."

aku berganjak sedikit, dan memberikan dia laluan..
aku bersuara, ' awak nama awak...

dia berpaling dan ' nama saya.... Aria...'

dia berlalu dan terus pergi..aku tersenyum kegirangan, kerana esok akan ku ikuti kelas mengaji AL-quran di masjid ini.




dan bermulalah kisah berputik, dipendekkan cerita, aku semakin rapat dengan aria, kerana aku belajar mengaji di masjid selepas hari aku berjumpa dia.
Hati dan perasaan ini amat menyukainya, namun hanya menjadi rapat serapat kawan baik, dan memendam perasaan, kerana aku bukanlah pandai agama seperti mana dia.

suatu hari aku dicabar olehnya untuk menjawab soalan soalan maut daripada dia.. ^_^
dengan tidak mempunyai persediaan yang lengkap aku ditanya satu satu,
memang teapat sangkaan soalan soalan agama di ajukan, rukun iman, rukun islam, segala jenis rukun , termasuk rukun kahwin ditanyakan , tetapi aku bukanlah seorang kafir laknat hahaha, aku menjawab satu satu pertanyaan itu dengan jayanya. Mungkin ilmu agama aku tidaklah begitu tinggi atau mendalam tetapi aku bukanlah tidak tahu semuanya, dengan izin Allah s.w.t aku dapat menjawab semuanya.


cinta semakin berputik semakin lama semakin mengenali dan dia mengajak berjumpa keluarganya , ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan, rupanya soalan soalan itu disuruh ayahnya untuk diajukan,  rupanya dia selalu menceritakan perihal aku pada keluarganya. Sungguh indah, Aria yang teserlah kecomelanya, keayuanya, kecantikkan nya, telah jatuh hati padaku jua.

Hari demi hari, kami semakin rapat namun batasnya masih dijaga, ^_^
kisah cinta kami dilengkapi sehari dengan berbalas balas hadis, saling menyayangi satu sama lain melalui hadis hadis yang indah serta menawan.
antaranya..


“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari

dibalasnya


“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” Hadith Riwayat Bukhari

Hati siapa yang tidak tenang sebegini.. melalui hari hari indah direstui dan disayangi

Suatu hari Aria menanyakan ada atau tidak sesuatu yang ku mahu pinta, aku mendiamkan diri mengatakan tidak tahu


Hinggalah suatu hari, dimana hujan turun membasahi bumi, kesakitan yang aku alami dulu muncul kembali. Komplikasi di halaman rusuk kiri makin menjadi.

Aku rebah jatuh ke bumi di suatu taman sewaktu aku sedang berseorangan. Doktor mengesahkan aku telah koma, dan berlaku komplikasi lain selain di bahagian rusuk kiri itu, ketika ku terjatuh kepala ku terhentak batu, dan menyebabkan kerosakan otak yang semakin teruk.

Dalam keadaan koma, aku redha, namun ku tahu satu hari aku bakal pergi , jadi aku telah persiapkan diri dan telah ku menulis sesuatu buat Aria.
Sewaktu Aria dan keluarganya datang melihat tubuhku yang kaku, aku terasa kesedihan seseorang yang menitisakan air mata pada tanganku. Aria tidak dapat menahan sebak, walau tidak mungkin ku bangun lagi namun ku dapat rasakan sendiri keadaanya,tapi telah lama ku menuliskan sesuatu buat Aria

Mamaku datang menemui Aria bersama sehelai kertas ditangan diserahkan kepada Aria. Aria mengambil lalu membacanya..


ke hadapan Aria,

maafkan saya , saya mungkin tidak lama di dunia ini. Hiduplah dengan gembira dan bahagialah di sini, saya menunggu awak di sana, sesungguhnya cintalah pada maha esa, kerana dialah yang satu satunya yang tidak akan pernah mengecewakan kita,

Aria hadiahkanlah sebuah Al-quran buat saya kerana pertemuan sewaktu dulu yang mengubah aku menjadi seorang yang lebih baik daripada dahulu..

permintaanku hanyalah sebuah AL QURAN

andai awak mendapat surat ini nanti, mungkin saya tiada lagi..

salam sayang..


Berguguran jernih jernih kristal di mata Aria, terlalu sebak dia memeluk mama ku, berharap aku tidak aan pergi. Cinta itu bukanlah sesuatu yang buruk, jika tida disalhgunakan erti cinta itu. Kerana aku jatuh Hati dengan Aria pada suatu ketika dulu, niatku hanyalah untuk menawan Aria, namun dia telah mengubahku sehingga menjadi seseorang yang mencintai yang maha kuasa. Mungkin perubahan itu memang tidak disangka namun kini ianya terjadi.

Aria, di sebelahku sewaktu aku masih mampu bernafas.



dan aku pergi sewaktu dia menizinkan aku pergi buat selamanya...


“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan saya beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.”(Riwayat Muslim)





Dari Abu Karimah iaitu al-Miqdad – di sebagian naskhah disebut al-Miqdam-bin Ma’dikariba r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Jikalau seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitahukan pada saudaranya itu bahawa ia mencintainya.”

Biarlah kasih sayang cinta itu pada jalan Allah s.w.t mencintai kerana keagungnya, mengasihi kerana Allah s.w.t dan semuanya kerana Allah s.w.t..



Gelak tawa bersama Aria dulu akan menjadi memori buat selamanya...
Aria, hadiahkan aku sebuah ALQURAN

0 comments:

Post a Comment