Sunday, January 26, 2014

Senior , I LOVE YOU


SENIOR!! I LOVE YOU!!
penat aku menjerit jerit, terjerit, melontar suara tapi tetap tidak didengarinya, dasar senior tak guna. Tahulah ramai peminat, tahulah aku ini hanya gadis bebiasa yang tiada apa keistimewaan tapi dengarlah jeritan aku, yang memang tidak akan kedengaran sebab aku hanya meronta di dalam hati. Kebodohan apakah yang cuba aku tunjukkan?? lansung tiada kekuatan nak meluahkan, tambahan aku seorang gadis aku perlu ego untuk bersaing dengan gadis lain.

Aku seorang gadis berumur 18 belas tahun dan agak lama juga aku telah menjadi pelajar di sebuah kolej swasta di malaysia.  Sepanjang aku belajar di situ, aku telah lama memerhati seorang senior yang selalu buat aku jatuh hati, aku bagaikan ais yang terus mencair bila melihat senyuman senior yang cukup menawan itu, tapi perasankah dia tentang diri aku ini?? aku cuma selalu mendiamkan diri dan terus memerhati.


inilah aku, yang selalu tersenyum gembira dan berseri seri, tapi senior aku itu masih tidak menyedari tentang diri aku. Dasar lelaki punya rupa, ramai junior tergila gila, tapi aku yang merana. Walaupun ramai yang mengatakan dirinya poyo, nakal, playboy, tapi apa yang terlihat dari diri ini sikit pun tidak sebegitu. Dia seorang yang peramah, agak nakal namun punya ramai kawan, orang selalu salah anggap tentang diri seseorang itu.


Aku selalu memerhati dirinya dari jauh. Gelak tawa senior aku itu cukup menghiburkan, Kenakalannya tiada bandingan, semua orang dikacaunya, Kalau jadi kekasih aku lelaki ni, dah lama aku cecubit , akan aku cakap kepada dia "behave". Tapi itu semua hanyalah mimpi yang hanya angan angan sampai bila bila. Terasa comel kalau kekasih seperti itu kan.  Hanya rasalah... untuk alami mungkin masih jauh.

Sehingga suatu hari saat aku ingin ke kelas pada pagi itu, aku melihat dari jauh kelibat susuk tubuh jejaka idaman aku. OH SENIOR!! hati aku berdegup laju entah kenapa dan mengapa, mata aku terus memerhatinya sambil terus meluru ke hadapan,  namun tidak aku sangka renungan itu dibalas balik.
Setelah aku berselisih. aku terdengar seperti dipanggil, aku menoleh aku melihat senyuman yang diberikan oleh senior itu cukup cukup buat aku rasa nak pitam..


aku terus laju ke kelas. Di dalam kelas aku melompat lompat macam orang gila yang sememangnya tidak dapat dirawat. HAHAHA ketawa lain macam serta aku menjadi sangat aktif. Hari itu seperti aku seperti manusia yang punya tenaga yang melampau lampau.
Masih aku teringat senyuman kecomelan itu..
SENIOR, I LOVE YOU.

Semenjak dari itu, aku makin kerap berjumpa dengan senior aku itu, kerap kali terserempak, namun masih tidak mampu untuk berkata kata, ingin aku jadi miliknya kerana pada mata aku dia sudah cukup sempurna, walau pada mata yang lain, dia hanyalah insan biasa.


walaubagaimanapun, senior, aku selalu perasan walau kau punya ramai kawan dan peminat serta orang di sekeliling, kelihatannya kau selalu bersendirian, aku tertanya mengapa sebegitu, untuk orang yang hanya meminati diri kau mungkin tidak mengetahui tetapi untuk orang yang menyintai engkau dalam diam  mengetahui apa yang kau lakukan kerana aku melihat dari jauh.
Apakah sendirian itu bukti kau seorang lelaki yang suka menyembunyikan perasaan.

Aku mula memberanikan diri untuk berjumpa dengan kau senior. Tidak salah kalau aku seorang gadis yang punya hati yang cukup berani ingin meluahkan rasa. Supaya aku dapat memiliki engkau kerana perasaan aku cukup kuat menyatakan engkau jua punya perasaan terhadap aku.


Hari itu aku mengajak senior aku untuk berjumpa di sebuah jambatan. Kelihatanya cuaca agak sayu mendung, namun tidak hujan. Hari ini akan aku ucapkan apa yang aku rasa dari dulu lagi. SENIOR, I LOVE YOU!! apa yang jiwa aku meronta dari dulu, buat seorang gadis seperti aku untuk mencari keberanian untuk meluahkan amatlah payah, namun aku teguh dengan pendirian.


Aku berdiri di hadapan senior aku itu. Agak tinggi jejaka idaman aku ini. Aku mendongak melihatnya.
Senior tersenyum, aku membalas senyuman itu. Jantungku mula berdegup kencang, deras, keadaan menjadi senyap seketika.

Dan kemudiannya aku masih tersenyum dan tiba tiba ketawa kecil... sehinggakan senior itu mula kelihatan pelik dan hairan.
Dia bertanyakan sama ada aku sihat atau tidak..


aku membalas sihat... dan aku terus melihat senior yang masih tersenyum itu..


sambil tersenyum aku meluahkan...

SENIOR, I LOVE YOU!!...

senior aku itu pun terpaku, dan melihat aku seketika...
dan kemudianya dia mengusap kepala aku, lalu tersenyum..

adakah cerita hanya tamat di situ?... oh tidak... ^_^


Setelah 10 tahun dari peristiwa itu, kini aku sah menjadi isteri senior yang aku cintai dahulu, tidak sangka takdir yang tertulis menentukan kami seperti ini..
sekarang aku bahagia di usia 28 tahun dan punya seorang anak kecil yang comel..
Senior aku dahulu kini bergelar suami, yang terus aku minati dan cintai...


kerana cinta itu bermula dari dulu hingga selamanya.
kini kehidupan aku lebih sempurna dengan senior(suamiku kini) yang punyai jawatan yang bagus, sebuah rumah dan sebuah kereta yang aku impikan , keluarga bahagia...

bersama dengan seorang anak yang disayangi



dan aku masih mengungkapkan ..

Senior, I LOVE YOU!!



3 comments:

wahhhh, best nyer >,< nak jugak luahkan macam nie. tapi takut kena reject laaa :'|

February 8, 2014 at 4:34 AM

hahhaha trylah ^_^ mencubalah selagi boleh

February 25, 2014 at 9:13 AM

Beraninya. Kalau lah sy berani (-.-)'

October 23, 2015 at 3:46 AM

Post a Comment