Sunday, February 2, 2014

Dia Pergi Terbang Tinggi


Pepatah aku ada mengatakan "jika kita ingin terbang tinggi, kita perlukan sepasang sayap" yang mampu membuat kita terbang hingga ke angkasa.

Jadi biarlah aku menceritakan tentang dia yang mempunyai sayap, yang pelik, yang wujud namun sering hanya diperhatikan.

Dia dilahirkan dengan sayap, kekadang aku mencemburuinya, kerana dia agak berbeza dari kita semua.
Cerita indahnya bermula apabila,aku bertemu dia sewaktu aku melihat dia terbang lalu jatuh ke atas tanah.
Dia seindah bidadari, sememangnya cantik, dan sangat menawan hati...
aku meluru dan belari ke arahnya.


Aku melihat sayapnya yang kelihatan tidak boleh digerakkan, aku melihat dia seperti sudah pengsan. Sememangnya hati aku telah tertawan, aku terus mengangkatnya dan membawa pulang ke rumah.


Sesampainya di rumah, aku baringkanya, aku terus menggunkan kemahiran yangada untuk merawat sayapnya yang cedera itu, kelihatan seperti patah. Aku melihat dia seperti menahan kesakitan yang terlalu amat. Aku membalut sebahagian sayap kanannya, dan aku membasahkan kain lalumeletakkan kke dahinya.

Sepertinya dia kelihatan tenang sedikit mungkin, sakitnya beransur hilang. Aku menatap wajahnya, wahhh sungguh lembut, sungguh mempersona, sememngnya ciptaan yang cukup  cantik, aku melihat dirinya  dan kemudian berlalu pergi membuat kerja yang lain.


Keesokkan pagi, di saat matahari pagi ingin tersenyum melambai ke arah ku di luar rumah, aku terdengar  sapaan dari belakang. Aku melihat ke arahnya, jujur telah jatuh cinta, dalam keadaannya yang lemah, aku menyuruh dia berehat kerana di belum lagi pulih. Tapi kedegilan nakalnya membuatkan dia meluru ke arah aku lalu memeluk aku. Dia membisikkan ucapan terima kasih kerana telah menyelamatkan dia walau tidak mengenali siapakah aku.

Hari hari indahku bermula dengan kehadirannya, aku mula mengenali rasa cinta dan kasih, bila aku mula menjaga dan bersama dengannya, namanya (rahsia shh)... kerana ia sangat berbeza dari kita semua. Namun perwatakan nya yang berbeza menarik dan tertarik kau memang da bomb sangat menghiburkan.

Aku mula mengenali dan bersamanya setiap hari. Tahap kesakitannya semakin hari semakin baik. Kami ketawa bersama, menangis bersama, mati jer belum tentu...
aku berasa sangat gembira dengan kehadirannya, kami memasak dan makan bersama, berjalan di tepi laut, memanjat gunung dan lain lain...
terasa percintaan itu sangat indah...


suatu malam, kami menari nari bersama sama, bagaikan sebuah malam yang panjang pada malam itu, aku berada terlalu rapat dengan dirinya dan terlalu rapat. 
Dan aku tersenyum.. sendirian...kerana dia telah hadir ...


dan malam itu juga kami melihat langit bersama sama... dia hanya mendiamkan diri dan terlalu diam..kami melihat langit sambil berbaring..


sehingga tertidur.... dan terus terlena.


Pagi keesokkan aku terjaga, dan melihat silauan matahari memancar ke arah aku. Di hadapan aku kelihatannya seperti dia ... Dia mahu pergi dari ku...
aku hanya melihat pemergiannya kerana aku cukup gembira...

kerana, baru aku sedar dia seekor burung, jadi tidaklah aku begitu sedih, kerana dia telah sepenuhnya sembuh, kerana imaginasi yang teramat tinggi inilah yang boleh berlaku, 
kerana cinta itu universal, segalanya mungkin,
dan ...

Dia pergi terbang tinggi...



*manusia selalu mengharap segalanya indah, tetapi semuanya sudah tertulis,
andai takdir telah tertulis, ia pasti terjadi,
bahagia mungkin bukan sekarang tapi pasti nanti,
kerana perjalanan masih panjang, hayati dan hargai setiap saat hidup ini 

0 comments:

Post a Comment