Saturday, April 12, 2014

Playboy Rebutan


Biarkan waktu jadi penentu aku berubah.
Aku bukanlah seorang playboy part time mahupun full time. Aku hanyalah seorang insan biasa yang tidak mengerti tentang sesuatu pekara yang sememangnya sukar untuk diungkap bilamana  aku sendiri tidak faham sepertimana korang yang membaca tidak memahami aku , aku yang fahami untuk mengerti.

Kisahnya bermula mulut orang kampung( macam lagu gadis jolebu lak), ceritanya bermula apabila aku mula mendapat tahu tentang aku dipermainkan.  Tapi tidak mengapa , bak kata pepatah "asal bisa tegal biasa", jadi bila selalu cinta kita yang penuh harapan dipermainkan  kita sepertinya sudah kebal, lali, dan tetap teguh untuk menghadapinya( walau menangis bagai nak rak giler!).

Aku bertekad mulai hari itu,dan hari hari lain, serta hari hari esok tiada lagi cinta buat aku.
Kata orang putih "No more love , no, no no, " (macam gedik jer).



Namun di saat aku mulai sendirian untuk melupakan cinta, dengan tetiba hadir cinta tanpa diduga, walau rasanya tidak seberapa, dengan tidak semena-mena, rasa itu tiada namun hati entah bagaimana rasa seperti nak test power, nak cuba cuba...

Dan ternyata, aku sememangnya insan pecinta semula jadi yang mampu menarik dan menawan hati untuk memiliki seseorang yang mempunyai hati..


jadi aku mampu tersenyum, mungkin aku tidak akan bersedih kerana ramai yang akan hadir.
Hal ini demikian kerana untuk membuatkan seseorang untuk meminati kita perlukan kemahiran yang tinggi... kita perlu memastikan kita tidak terperangkap dengan perasaan yang sedang melanda diri dan perlu memastikan teknik yang digunakan untuk memikat adalah betul..

antara cara untuk menarik perhatiannya ialah..
memastikan dia mempunyai perasaan terhadap kita, lihat dan tatap matanya sedalam yang boleh bak kata orang orang eropah "look deep deep into my eye"..dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya(ini rahsia).

nak dijadikan ceritanya, aku berhubung dengan gadis itu. Seperti pasangan yang lain, kami jalani hari hari kami seperti biasa.


Namun  bukan senang untuk menjadi aku, sewaktu ketika sedang aku bermain kucing di suatu kawasan lapang..


Dengan penuh kecomelan yang ada, aku mengejar ngejar kucing tersebut. Dari suatu sudut yang agak dekat seorang perempuan yang agak menawan sedang memerhatikan kelibat aku...
mungkin dengan kasih sayang aku yang ada pada haiwan dia telah jatuh cinta...


Aku berkenalan dengan dia, memerhatikan gayanya yang biasa, elegan, namun seperti biasa aku tidak akan biarkan perasaan cinta itu memerangkap aku lagi..
kami berhubung dan terus berhubung. Keceriaan itu berterusan walau dia sememangnya mengetahui aku mempunyai orang lain.

jadi di mana silapnya aku sekarang? kerana aku tidak mempermainkan, jujur memberitahu, atau kerana sifat penyayang yang ada dalam diri ini. Mungkin aku lansung tidak sesuai menjadi pemain cinta, dan aku tidak sesuai untuk mempermainkan.



Seterusnya hari hari berlalu... kadang aku sendiri celaru dan keliru dengan diri perasaan hati sendiri.
Namun aku persetankan itu semua, itu semua tidak penting lagi, yang pasti aku tidak sakit dan terluka lagi..
dan yang pasti aku mampu tersenyum...riang gembira..

setelah beberapa ketika...
aku merasai penat... lelah dalam bermain perasaan kasih setia cinta sayang...

aku membawa diri ke suatu tempat... yang rumputnya meninggi pemandangannya menenangkan..
sewaktu matahari hampir tengelam aku memikirkannya semula tentang apa yang berlaku...


rupanya baru aku sedar akan perasaan hati yang mati... tiada lagi keihklasan cinta yang dapat aku rasai setelah terjadinya benci terhadap cinta itu sendiri.. selagi mana pusingan seperti ini tidak berhenti ia akan berterusan sehingga tiada siapa yang mengerti..

masih wujud kah peyinnta setia, seperti mana aku dulu..
sewaktu ketika dahulu...

aku terdiam..dan terus termenung...


Keesokkan harinya, seaktu aku berjalan -jalan di sekitar kawasan yang selalu aku pergi bersiar -siar, aku terlihat, senyuman yang membuatkan aku jatuh cinta semula, merasai akan hadirnya cinta semula..
aku tersenyum riang..

Rasa yang terlalu lama tidak dirasai kini aku rasakan kembali.
Dia menghampiri aku dari jauh kelihatan dia semakin dekat dan dekat dan bertambah dekat..



dan untuk merasai cinta itu semula sekali lagi.. namun sekarang yang membingungkan aku bagaimana dengan dua lagi gadis yang aku temui sebelum ini..masalah terus menjadi lebih rumit bila, aku melihat mereka semakin menyendiri dan bersedih.

Perasaan bersalah yang amat sangat menjadi-jadi dalam diriku...

sehinggalah...

sehinggalah aku bangun pagi melihat
 langit yang sedang cerah...
jam loceng di handphone berbunyi menandakan waktu untuk bangun pagi...

rupanya hanya sekadar mimpi menjadi playboy rebutan...
bukanlah semudah yang disangka , namun jadilah penyinta yang setia..
kerana keihklasan yang setia..
pastinya selamanya.....:)



0 comments:

Post a Comment