Monday, April 28, 2014

Cinta Si Penjual Gula-Gula

Cinta mungkin semanis gula-gula , apabila di saat mendapatkannya sangat gembira, merasainya teramat bermakna, namun bila berakhinya ia hanya menjadi suatu rasa yang akan diingati sampai bila-bila.


Aku seorang peminat gula-gula. Aku sangat suka akan gula-gula. Rasan serta baunya yang manis dan menarik perhatian membuatkan aku begitu suka.
Namun bukanlah cerita pasal gula-gula yang ingin aku sampaikan.

Aku selalu ke pasar malam untuk mencari gula-gula yang aku minati. Gula-gula itu namanya Bento Tablet. 


Aku akan mencari di sekeliling pasar malam gula-gula kesukaan aku ni.
Apabila aku terlihat gerai menjual pelbagai gula-gula aku tersenyum. Dari jauh aku sudah kelihatan begitu riang. Setibanya aku di gerai itu aku memilih dan memberikan kepada penjual gula-gula pilihan aku. 
Sewaktu aku memberikannya , baru aku sedar apa itu cinta.

Gadis yang agak menawan hati, senyuman nye semanis gula-gula yang dibeli. Aku terpaku.  Memandang ke arahnya seketika, Dia tersenyum memandang aku, melihat kan aku yang berusia 20 an ini membeli gula-gula. 
Gadis yang telah membuatkan aku jatuh hati, mengapa saat ini baru kau hadir, aku terpinga-pinga.


Tiba-tiba satu tepukan dari belakang menyedarkan aku. Rupanya mama aku sendiri, sambil berkata 
" Dah puas mengorat??"
Aku tersipu-sipu malu, sambil membayar harga gula-gula tersebut,
Gadis itu tersenyum padaku sambil aku tertunduk malu, aku mahu bertanyakan namanya, belum sempat aku bercakap ape ape 
mama aku dah masuk (potong line betul)
"dik nama sapa dik??"

aku perhati jer mama aku ni, sambil melihat gadis tersebut, yang lalu menjawab ,
"nama saya Aria ,cik"

Aku tersenyum lalu melambai lambai Aria .


sebelum aku menghilangkan diri dari pandagannya, aku menoleh dan melihat sifatnye yang paling menawan, di saat aku tidak kelihatan lagi, dia melutut mengusap kepala seorang budak sambil tersenyum, dan memberikan gula-gula  kepada budak itu. Aku tersenyum dengan hati yang riang, si penjual gula-gula yang telah membuat aku jatuh cinta.



Pepatah ada menyebut, tak kenal maka x cinta, jadi sejak dari hari aku telah jatuh hati pada Aria si penjual gula-gula, aku mula mengenalinya. Aria, berkenalan dengan aku melalui hari di mana dia akan menjual gula-gula di pasar malam dan aku akan pergi membelinya.


Aku selalu bertemu dengan Aria, di sebuah tempat yang sangat cantik, sebuah taman yang ppunyai buaian, di situ kami meluangkan masa bersama, berkongsi masalah dan cerita serta impian.
Aria ingin menjadi seorang pengusaha gula-gula yang punyai kedai gula-gula sendiri, kerana dia ingin membuatkan semua kanak-kanak akan dapat rasai gula-gula yang manis seperrti mana cinta yang dirasainya sekarang.

Setiap kali kami berjumpa, pastinya Aria akan membawa sekotak gula-gula yang menjadi kesukaanku. Aku begitu gembira, dengan kehadiran Aria yang penyayang dan penuh kelembutan.


Setiap kali aku merenung ke arah matanya, begitu dalam, naluri hatiku merasakan Aria begitu ihklas dalam perhubungan ini, suatu rasa apabila matanya seakan ingin membicarakan sesuatu Meluahkan sesuatu.
Namun sepeti terkunci, hanya senyuman yang manis terus terukir di bibirnya.

Aria dan aku sememangnya pasangan serasi, yang sangat comel dan padan bila berdua, sang penjual gula-gula yang amat disukai ramai kanak-kanakbersama aku. 
Hari itu aku pergi melihat Aria meniaga di pasar malam.
Dari jauh aku sudah tersenyum melihat gelagatnya melayan kanak-kanak yang begitu ramai membeli gula-gula darinya.
Mungkin kerana sikapnya yang penuh dengan kasih sayang membuatkan ramai menyukai dii Aria.

aku mula menghampiri Aria. Di saat dia sedang menjual gula-gula dia tidak sedar akan kehadiran aku.
Aku tersenyum sambil dia bertanya 
" ye dik, nak beli gula-gula"

aku dengan riang menjawab
" saya tak nak beli, saya nak awak "

Aria memandang aku lalu tersenyum...
Lalu aku membantunya menjual gula-gula, 
Aria tersenyum dan kelihatan terlalu riang..



beberapa bulan berlalu. Aku ke pasar malam seperti biasa. Aku mencari gerai gula-gula yang menjadi perhatian aku seperti selalu. Namun tidak kelihatan.


Aku mula mencari-cari Aria. Aku bertanya oang sekeliling. Sehingga aku terduduk kerana lelah mencari.
Ke mana Aria telah pegi?. menjadi tanda tanya yang pastinya membuatkan aku sendirian.
Benarkah cinta sepeti gula-gula, bila manisnya hilang, hanya ingatan suatu rasa yang tinggal?..

Aku terus mencari Aria.  Sehinggalah seorang pak cik memberitahu aku, bahawa Aria telah pindah.
Aku terdiam seribu bahasa.
Air mata mengalir dalam diam membasahi pipi, memori yang tersimpan seperti  bermain bagai tayangan di fikiran...

Kesedihan itu terus membuatkan aku jatuh sakit dan demam selama beberapa hari.

Setelah aku pulih, aku berjalan jalan menunggu Aria di tempat selalu, walau aku tahu dia sudah jauh. Namun Aria masih dekat di hati aku ini.


sedang aku terus berjalan... 
Aku disapa oleh seseorang. dia memanggil aku..

Seorang perrmpuan yang sedang duduk sambil memandang ke bawah...
memanggil aku.

Aku memandangnya..

Dia mendongak dan tersenyum lalu bangun...


dan memeluk aku.
Dari suaranya aku mengenali itu Aria.
Aria membisikkan sesuatu, dia meminta maaf kerana pegi tanpa memberitahu.

rupanya selama seminggu itu Aria hanya pindah rumah, dia tidak mahu memberitahu aku.
Dia ingat sweet buat aku macam ni, sikit pun tak. Aku rasa nak gigit gigit jer dia.


benarlah cinta itu manis, manis seperti gula gula, andai gula gula telah habis, rasa manis itu akan diingati sentiasa.
Benarrlah siapa kita bukan penentu cinta kita, tapi orang yang mengenal erti cinta yang mahu merasai bahagia tidak akan memilih rupa atau siapa pun orang itu jika sudah tertulis..
hanya usaha yang menentukan bahagia itu..

Akhirnya aku dan si penjual gula-gula bersama, kami berkahwin, dan kini kami membuka sebuah kedai gula-gula yang amat unik. Semua kanak-kanak selalu memenuhi kedai Aria.
Aria Candy House , dan masih aku ingat di majlis perkahwinan aku, dia masih menghadiahkan sekotak gula-gula yang amat menjadi kesukaan aku, membuatkan aku gembira dan tersenyum sentiasa...

kerana Cinta si penjual gula-gula.

0 comments:

Post a Comment