Thursday, June 19, 2014

Sejauh Rindu


Khayalan itu terhenti seketika. Semuanya seperti baru lagi terjadi. Ingatan mendalam tentang rasa cinta yang pernah hadir tidak pernah pudar di dalam diri.

Ini bukan kisah imaginasi kanak kanak, ini bukan cerita purbakala tentang cinta, dan juga bukan kisah puteri puteri yang menunggu puteranya datang untuk mengharap cinta selamanya.

Namun Sejauh Rindu , mengungkap tentang hadirnya cinta semalam yang entah dari mana belum pasti, namun pasti akhirnya semua pasti mengerti...
berbezanya kisah cinta dari yang lain.


Memori itu terimbas kembali, di saat aku memerhati langit , dan pemandagan yang sangat indah.  Seorang gadis yang sangat cantik kelihatan berseorangan sedang duduk di suatu sudut.  Saat itu aku menghampiri dengan tersipu-sipu malu bagai nak kena lempang dengan diri sendiri.

Semakin menghampiri dan menghampiri, sedangkan aku dan dia sudah mengenali, hee, ternyata indah bila senyuman yang diberi dibalas dengan senyuman yang sunggu menawan. siapa tidak melting pada orang yang kita impi dan idamkan.


Masih jelas kenangan itu, saat pertama kali di kelas, untuk semester yang ke dua,  dia melangkah masuk dan terus duduk di belakang. Aku terpegun dan berdebar kerana, dia gadis yang aku idamkan. Namun perasaan itu hanya mampu menjadi kata kata di dalam hati kerana tidak mampu lagi dan punya kekuatan untuk meluahkan.

Susuk tubuhnya yang tinggi, rupanya yang sangat manis, dan agak comel serta menawan ramai orang dengan senyuman yang manis cukup membuatkan aku jatuh hati. Namun terus menerus perasaan itu dibiarkan dari hari ke hari.

Dia bagaikan burung yang sangat cantik terbang di udara berbanding aku, hanya seperti  kucing tanpa sayap , yang berangan untuk terbang tinggi bersama di udara.
Tidak mungkinlah akan bersama.

Namun impian itu ialah harapan yang belum pasti namun pasti akan terjadi.


Berakhirnya semester itu, dan segalanya berakhir, rupanya dia pelajar yang mengambil bidang yang sama namun di tahun akhir. Kemudian tiada lagi kekerapan untuk terserempak atau berjumpa dengannya , yang tinggal hanya bayang bayang yang tidak pasti. Dia tamat belajar.
Namun perasaan cinta itu belum sempat diluahkan.

Hari berganti hari, sehinggalah di suatu hari, hadirnya ia di lorong itu, agak terkejut, lalu aku tersenyum padanya yang memberikan senyuman balas kepadaku. Kami berbual panjang sehingga dia meminta izin untuk pergi.

Hari itu aku tidak lagi membuang waktu, membazirkan masa yang ada, kerana hadirnya itu sangat dihargai, dan waktu itu tidak akan datang lagi.


Aku menulis sesuatu di atas kertas, dan memberikan secara rahsia padanya.
Namun tidak sangka dia sudah mengetahui segalanya, dan akhirnya kami semakin rapat dan rapat.
Walau masa yang ada sementara tapi cukup bermakna untuk seketika.

Setiap malam pasti kami berbicara indah, berkongsi segala galanya,  dan berfikir tentang masa hadapan.
Selalunya aku pasti melampaui batas pemikiran anjakan paradigma yang membuatkan ia mengankat keningnya yang kelihatan sungguh comel.

dan semakin aku bertentang dengannya hati ini semakin jatuh dan jatuh .

Sememangnya ianya hanyalah imaginasi,aku sendiri, tidak mungkin orang yang sudah berpunya akan menjadi milikku.
Malam-malam seterusnya berbagai kenangan dicipta, kami bermain kereta control, membalas surat dan lekatkan di hadapan rumah, dan berbual sehingga penat

Sehingga ia menjadi memori terindah buat diriku

 Sehingga di saat akhir pada hari itu, aku menyanyikan beberapa buah lagu buatnya...
yang terus tersenyum melihat aku.


Aku menatap dia buat kali terakhir sebelum esok dia melangkah pergi, aku masuk ke rumah, dan bermimpi indah agar tiada siapa lagi yang akan pergi jauh dari diri ini.
Mimpi itu tidak menjadi kenyataan, esoknya dia tetap pergi.... aku melihat dia pergi .... 
sebelum dia pergi dia meninggalkan suatu bungkusan buatku....
dan tanpa sedar ada tangisan di mata yang jatuh ke bumi...

Sejauh Rindu, saat itu aku rasakan... sebak bila bungkusan itu dibuka, hanya memori rindu yang ditinggalkan, segala gala yang indah sememangnya untuk seketika,  nama yang ditinggalkan dan sehelai surat untuk menjadi kekuatan pada hari mendatang..

sewaktu itu, aku dikejukan dengan panggilan namaku!!
Aku disuruh bangun dan berdiri, lecturer yang memanggil aku itu, menyuruh aku berdiri hingga habis waktu kelas, rupanya aku hanya hampir terlelap, dan hampir tertidur, inilah akibat kalau berangan di siang hari...
sememangnya aku yang diperhati,
Sehingga aku tersedar dari lamunan, dan memberikan tumpuan,...
walau sejauh rindu yang hadir di hati...


jadilah seperti burung yang mempunyai sepasang sayap, untuk pergi jauh dan terbang tinggi...
sehingga di suatu hari akan hadir yang ihklas untuk menyintai...

0 comments:

Post a Comment