Monday, June 23, 2014

Simbolik Cinta Sebuah Piano


Dewan itu dihias secantik yang mungkin, di tengahnya diletak sebuah piano yang sangat cantik bewarna hitam, megah dan menawan kukuhnya di situ sendirian.
Orang ramai mula memenuhi dewan untuk menyaksikan majlis perkahwinan yang sangat grand itu, dirancanng begitu teliti selama 6 bulan oleh diri sendiri sememangnya amat sukar namun membuahkan hasil.

Ternyata sememangnya apa yang diimpikan menjadi realiti sekarang, bayangkan, pelamin yang indah, dengan warna yang sangat menarik, dipenuhi pula dengan ribuan yang hadir, keluarga, sahabat andai , kawan kawan, saudara mara dan lain lain. Menunggu pula saat pengantin tiba dengan penuh sabar.

Dewan sudah dipenuhi, yang tinggal hanya pengantin untuk diraikan.


Ketibaan pengantin membuatkan suasana senyap, yang hadir cumalah seorang pengantin perempuan, yang jalan di tengah tengah diperhati semua hadirin yang sangat teruja.  Namun mana hilangnya pengantin lelaki yang ditunggu. Pengantin perempuan seperti terpinga pinga berjalan sendirian melalui orang ramai. Aria nama pengantin perempuan yang cukup comel itu.

Peengantin perempuan yang sangat comel, bergaya, malah cukup menawan , dan cukup membuatkan orang amat  jatuh hati. Dia bersendirian. Semua tertumpu pada pengantin perempuan yang seorang diri.

persoalan demi persoalan bermain di dalam fikiran orang raamai. suasana menjadi bising. Kemudiannya dewan menjadi gelap, dan suasana terus menjadi diam.
Tertumpu pula di arah piano di tengah -tengah dewan itu. Satu cahaya memancar di piano itu.
Kelihatan seorang lelaki yang amat kacak dan menawan sedang duduk di piano itu.


Itulah aku. Yang hadir dalam diam. Semua yang datang terdiam. Aku mula bermain piano itu, buat isteri yang sedang menunggu aku.
Kelihatan senyumannya ,apabila jari jemari aku mula menari-nari di atas kekunci piano. Yang menambahkan lagi memori sewaktu itu. Pengantin perempuan itu mula brjalan ke arah aku dan berdiri di hadapan piano sewaktu aku bermain.

Semua yang melihat tersenyum bagaikan memahami saat terindah dalam hidup ketika itu.
Dan saat itu dia semakin menghampiri aku untuk berada di sisi aku buat selamanya..


Namun,
ada pekara yang tak dirancangkan berlaku...


"Hentikan perkahwinan ini!"
Seorang gadis yang sepertinya amat aku kenali, muncul di tengah tengah dewan itu.
Kelihatan air mata nya jatuh,
Dari rupanya yang begitu menenangkan, dan cukup cantik itu aku sudah tahu. Erina.

"Aku masih cintakan kau!" katanya sambil air mata yang tidak dapat dibendung lagi jatuh mengalir di pipi.
Aku terdiam dan bangun. Melihat gadis itu dan memandang isteri aku yang riak mukanya sudah berubah.

"Janji itu, hanya untuk bermain piano buat isteri, ialah untuk aku"
kata gadis itu, bukan untuk dia.


Aku menjawab di situ jua, pada hari ini aku berumur 28 tahun , 9 tahun yang lalu sewaktu aku sangat menyintai dirinya, sewaktu aku berusia 19 tahun , setiap hari aku berusaha mengembirakan dirinya, memberikan segala-galanya walau aku tidak punyai apa apa, sehingga setahun selepas itu, tiada lagi mesej aku terima dari dia.
Aku menunggu selama 9 tahun dan aku tidak pernah lupa untuk menghantar mesej kepada dia walau sehari selama 9 tahun, sehinggalah semalam, aku memberitahu aku akan berkahwin pada hari ini. Ternyata aku tidak mampu melupakan dia, sehingga dia hadir di sini hari ini.

Isteri aku tetap di situ, di sisi aku, memandang perempuan itu.
Tiada lagi kata kata mampu aku ungkapkan, dia menangis. Mama aku datang melihat , keadaan di dalam dewan semakin kecoh, dibuai perbagai persoalan.


Sewaktu itu, isteri aku mengengam tangan aku, di atas piano itu. Dia tetap berada di sisi. Kerana dia mengetahui cerita sebenar di sebalik semua itu. Aria masih di sisi aku. menanti pekara yang seterusnya.

Tapi ternyata Erina tidak berganjak dari situ.
Jaapan sebagaimana lagi harus aku berikan, 9 tahun menanti seseorang bukan suatu tempoh masa yang lama. Aria merupakan pilihan mama aku yang aku terima kerana berputus asa menanti seeorang terlalu lama.

Mengenali Erina sewaktu dia melihat aku bermain piano di video yang aku letakkan di facebook. Dari kolej yang sama, melahirkan rasa cinta sesama sendiri. Namun 9 tahun bukan 1 tempoh masa sekejap untuk menanti.

Aria begerak terus ke arah Erina, dia yang menyeka air mata Erina. Aku ditinggalkan di situ bersama piano itu aku melihat mereka berdua.

kemudian semua hadirin setelah selesai makan mereka mengundurkan diri, dan begerak balik.
kerana majlis perkahwinan hari ini tidak seindah yang disangka.



Aku sendirian di situ. Untuk menyintai yang baru hadir dan untuk tidak meninggalkan cinta yang terlalu lama dan dalam. Sungguh sukar keputusan untuk dilakukan.

Aria berbincang dengan Erina di belakang dewan. Mama aku datang dan menyatakan sesuatu.
Lalu begerak ke belakang.

Dan hadirnya Erina semula membuatkan aku menangis di situ sendirian. Tapi Aria pilihan oleh seorang mama yang terbaik buat anaknya. Keduanya punyai segala nya.
Keduanya amat sempurna.



Aria datang menghampiriku sambil tersenyum. Ternyata senyuman dia cukup menenangkan diri aku.
Kebolehan dia untuk bermain musik seperti piano membuat aku jatuh cinta dia bermainkan 1 lagu untukku pada petang itu.
Katanya walau bagaimanapun,
"Hari ini yang terindah, untuk saat ini, dan tidak mudah untuk dilupakan"
walau ada pekara yang tidak mahu terjadi.

Aku tersenyum, lalu mendekatkan diri aku dengan dirinya.


Erina dan mama aku hadir di hadapan aku sewaktu itu. Sukar untuk melupakannya, mama memberitahu, agar aku membuat pilihan. Aria tersenyum sinis, Erina masih tidak dapat menahan sebak.
Cinta itu bukan mudah untuk ditukar ganti..

Simbolik cinta sebuah piano ini amat menyedihkan, kerana piano itu menjadi lambang cinta antara kita.
Aku kemudiannya menghampiri Aria menngucup dahi isteri aku itu, aku menghampiri Erina dan kemudian berkata bersabarlah, lalu aku meminta diri untuk keluar sebentar mengambil udara.

Aku tinggalkan, mama, Aria dan Erina di situ.


Aku terus ke kereta BMW aku. Terus membawa diri ke suatu tempat yang ingin aku pergi, agak berdekatan dengan majlis.
Aku memecut laju. Hari ini aku membuktikan, jika 10 tahun lalu aku tidak punya apa-apa, sekarang aku sebagai exekutif di sebuah syarikat yang mampu memiliki apa saja, namun kerendahan hati tetap menjadi keutamaan.

Dalam masa yang sama, aku memikirkan tentang Aria dan Erina yang sangat sangat membuatkan hati aku menangis dan celaru. Walau Erina tidak mempedulikan aku selama 9 tahun pasti ada sebab yang tersendiri.
Aria pula orang yang aku kenali sewaktu zaman persekolahan suatu ketika dulu.

aku terus memecut laju....



Aku teringat akan sesuatu. Aku berhenti dan berpusing balik menuju ke arah majlis aku tadi. Ke arah dewan dengan kelajuan yang amat tinggi.
Aku teringat air mata Erina sewaktu dia menangis 9 tahun yang lalu disebabkan penyakit jantung aku,
aku bergegas ke arah itu semula.

Rasa sebak itu tidak dapat dibendung lagi, dalam perjalanan ke tempat itu semula aku menangis,  aku terus meluru...
saat itu jantung aku seakan sakit, dan aku mulai sukar bernafas namun masih aku punya kekuatan untuk meneruskan.

Sampai di situ semula... keadaan dewan kosong...


Aku melihat dari satu sudut jauh...
sedang air mata aku jatuh mengalir di pipi... ternyata saat saat itu, bukan lagi indah tapi sangat menyakitkan...
saat aku memasuki melalui pintu utama, kemudian aku belri menuju ke arah
mereka di sebuah sudut...

Semuanya bagaikan amat memedihkan... Pandangan aku semakin kabur, dalam kesamaran aku dapat melihat Aria belari mendapatkan aku...
Aku memegang dada yang sangat menikanm dan menyakitkan aku...

dan aku terlihat mama sedang meriba Erina yang jatuh di atas lantai..


dan dalam kesamaran waktu Aria berjaya menyambut aku, dan kemudiannya aku terjatuh...
di atas lantai memerhati pandangan atas yang kian hilang...
kelihatan air mata Aria mengalir di pipi, jatuh ke atas aku...


Barulah aku sedar... sewaktu itu semuanya telah berakhir. Cinta itu berakhir di sini, di hari yang sepatutnya indah...
tanpa disangka aku mula memuntahkan darah dari mulut...
keluar mencurah...

di saat pandangan kabur itu aku tahu Erina telah pun pergi dulu...
dan di saat kemudiannya aku pergi bersama...

ternyata barah yang dilalui Erina dan penyakit jantung aku itu berakhir di hari ini...
saat itu 9 tahun lalu, baru segalanya terjawab sekarang....

dan aku tidak lagi dapat bernafas....
melalui kesukaran yang teramat.... kemudiannya aku terdiam.... dan tiada lagi nafas dari diri ini ...

Berdekatan Piano itu, dua kekasih telah pergi.... Aria mengengam tangan aku tak dilepaskan lagi...
hanya meninggalkan Simbolik sebuah piano sebagai cinta buat Aria...


simbolik cinta sebuah piano kini ,hanya tinggal memori indah, hanya Aria, yang kini masih hidup untuk meneruskan simbolik itu.


cinta itu saling melengkapi, saling memahami, namun takdir itu tertulis yang akan terjadi, walau kita berusaha untuk mengubahnya, perancanganNYA yang lebih bermakna.
Selamanya pasti piano itu berbunyi seperti cinta yang tidak akan pernah berhenti dan mati.



simbolik cinta sebuah piano

0 comments:

Post a Comment