Sunday, December 8, 2013

Secebis Cinta Si Gadis Cacat

Perilakunya sangat indah, gayanya memang teserlah wajahnya cukup menenangkan namun, siapa yang mahukan seorang gadis cacat, yang tidak berupaya berjalan. Memandangya seperti jijik, seperti begitu teruk, padahal dia hanya tidak mampu berjalan, kerana jangkitan kuman di kakinya.  Siapa yang mahukan gadis seperti itu??


Lulu merupakan seorang gadis cacat, dia bekerusi roda, walaupun mempunyai wajah yang cukup menawan namun tetap tidak ada yang mahukan dirinya. Dia hanya mampu tersenyum mengenangkan nasibnya yang sebegitu, tetapi dia tetap teguh kerana dia tahu suatu hari nanti akan ada seseorang yang ihklas yang sanggup menerimanya.

Lulu mempunyai seorang kawan lelaki, namanya fifi. Fifi, bukanlahh seorang  lelaki yang kacak, dia cuma biasa biasa sahaja. Fifi lah yang selalu menolak kerusi roda Lulu di saat Lulu ingin ke mana mana. Lulu sangat gembira kerana mempunyai seorang teman seperti Fifi.


Suatu ketika Lulu menangis. Memikirkan tentang kakinya yang semakin teruk. Dia semakin dipulaukan ramai orang. Sehingga dihina dan dicaci. Dia menangis seakan akan mahu mengakhiri hidupnya. Kemudian Fifi datang sambil tersenyum di hadapan Lulu.

Fifi merenung Lulu, kemudian Fifi mengesatkan air mata yang jatuh di pipi Lulu. Lulu memandang Fifi. Fifi kemudianya memberitahu Lulu, dia boleh dan akan berjalan seperti biasa. Fifi akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap Lulu. Lulu tersenyum.

Seterusnya, Fifi mengatakan bahawa Lulu perlu menjalani pembedahan , di mana kuman di kakinya akan dibuang. Lulu menjadi takut. Namun dengan semangat yang diberikan Lulu menerima penawaran itu. Sebulan lagi Lulu akan menjalani pembedahan, kerana Doktor pernah memberitahu bahawa jika terus dibiarkan keadaan Lulu tidak akan seperti sekarang malah akan membahayakan Lulu.


Dengan secebis harapan, Lulu akan menjalani pembedahan. Fifi mengatakan dia, akan menunggu Lulu hingga Lulu sedar. 

Sebelum Lulu memasuki bilik pembedahan, Fifi melihat Lulu, dan menjanjikan sesuatu, Fifi akan membawa Lulu ke satu tempat yang terindah jika Lulu kuat dan terus semangat untuk jalani hidup. Dengan tekad yang tinggi Lulu memgang janji fifi , dan Lulu memasuki bilik pembedahan.

Setelah hampir 3 jam, di dalam bilik pembedahan.. Pembedahan selesai dijalankan. Lulu berjaya menjalani pembedahan kakinya. Namun Lulu masih perlu menggunkan kerusi roda untuk buat sementara. Seperti yang dijanjikan Fifi menunggu Lulu hingga Lulu sedar.


Setelah beberapa hari dari pembedahan itu, Lulu dibawa Fifi ke suatu tempat yang teramat cantik. Fifi menolak Lulu yang bekerusi roda di situ. Lulu bersemangat dan gembira. Kemudian nya, Fifi memegang tangan Lulu, dan menyuruhnya untuk berdiri.. Fifi membawa Lulu ke arah pokok besar di situ..  Lulu terkejut. Namun masih tersenyum. Lulu memberanikan diri melangkah perlahan lahan..Masih dipegang Fifi. Sampainya di bawah pokok. Fifi mengeluarkan sesuatu dari poketnya.. dan menyuruh Lulu menutup mata.

Lulu menutup mata. Kemudianya Fifi memakaikan Lulu rantai berlokek biru di lehernya. Apabila Lulu membuka mata dia menangis, kemudian memandang dan memeluk Fifi.  Fifi bertanya pada Lulu..

"Kenapa Lulu  menangis??" tanya fifi

Lulu tidak menjawab. Lulu cuma tersenyum dan gembira. Selepas dari hari itu, Lulu semakin kuat. Semangatnya semakin meninggi, dia mula berlatih berjalan bersama Fifi hampir setiap hari..  Hari demi hari Lulu semakin boleh berjalan, dan kemudiannya mampu berjalan.


Setelah beberapa bulan mencuba, dan berlatih dengan gigih, akhirnya Lulu mampu berdiri dan berjalan. Hari itu Lulu ingin memberikan kejutan pada Fifi. Lulu berdiri di suatu sudut sambil menunggu kedatangan Fifi. 
Fifi muncul, Lulu terus belari dan memeluk Fifi. Fifi terkejut namun tersenyum, kerana Lulu mampu berjalan semula.


Kini Lulu menjadi perhatian ramai di sekolah dan di semua tempat. Lulu menjadi sangat terkenal, kerana kecantikkan dan kesopanan serta kejelitaanya. Ramai yang dulu pernah mencaci inginkan Lulu,  ada yang tergila gilakan Lulu dan sanggup mengejarnya ke mana sahaja Lulu pergi.
Fifi tersenyum melihat Lulu sebegitu, ramai yang mahu berkawan dengannya sekarang berbanding dulu.


Di suatu saat, Fifi dari jauh melihat Lulu, Fifi memanggil manggil Lulu, Lulu menoleh untuk memandang Fifi. Hari itu Lulu ingin memberitahu sesuatu pada fifi.

 Lulu menoleh, di saat dia melihat Fifi dari jauh. Dia seakan akan terkejut, dan pelik, kenapa Fifi begitu lain.. Di saat itu baru Lulu tesedar... dia lansung tidak mengerti sesuatu...

Lulu terus mengejar Fifi yang sedang jatuh di hadapanya..


Lulu belari... belari semakin laju...
Namun fifi telah jatuh..jatuh di atas tanah, di saat Lulu ingin meluahkan cintanya, terhadap seorang insan yang selalu bersama dengannya..
 yang telah memberikan Lulu harapan di setiap saat, tapi ..


Tapi kini Fifi telah menghembuskan nafas terakhirnya... Lulu hanya mampu melihat.. sambil menangis di sisi Fifi, rupanya, sakit yang ditempuh Fifi lebih berat dari Lulu..
Sekurangnya Lulu sekarang terselamat , namun Fifi terpaksa pergi akibat permasalah jantung...

Barulah Kini Lulu sedar, secebis Cintanya kini tiada lagi makna, kerana terlambat.. 
Mengapa dan Kenapa takdirnya begini.... 

perginya Fifi di saat itu, air mata Lulu terus jatuh kerana pastinya tiada lagi saat indah bersama fifi...
Cinta seorang gadis cacat yang dulunya kini tiada lagi.. walau secebis...

Secebis Cinta yang pergi buat selamanya...
Lulu, hanya mampu merindui.. diri fifi buat selamanya....


0 comments:

Post a Comment