Friday, December 6, 2013

Sebelum Aku Pergi


Pagi itu aku ke sekolah seperti biasa. Aku bukanlah seorang jejaka rebutan ramai orang, bukanlah sehot mereka mereka yang memang gilerkan keHOTan  dan aku bukanlah juga seorang jejaka yang pandai. Aku hanya seorang pelajar lelaki biasa biasa yang duduk di kelas biasa dan pandai tidak pandai , nakalnya pun biasa namun punya tarikan tersendiri yang mempersona.

Ceritanya bukanlah pasal aku, namun hari itu apabila aku ke sekolah seseorang sudah menunggu aku di depan pintu pagar.

' Aria, hey hey, lama tunggu ke??"

Aku menyapa. Aria terus bergerak dan berjalan konon merajuk untuk dipujuk. Aku mengejar dan meminta maaf, sebab terlewat sedikit. Aria kembali tersenyum dan kemudian mengusap rambut aku tanda protes sebab aku lambat. Kami terus begerak ke kelas. 

Di suatu sudut aku terlihat beberapa buah kereta yang mencurigakan, namun aku buat tidak peduli.


Aku dan Aria terus melangkah. Aria adalah kawan yang paling rapat dengan aku, kami berkawan baik namun ramai yang mengatakan kami sebagai pasangan kekasih, bagai pinang dibelah belah dan amat tidak boleh belah.  Dijadikan cerita, aku terus masuk ke kelas musik, di siti terdapat piano aku mainkan sebuah lagu sambil Aria melihat di sisiku, sedangkan loceng telah berbunyi, kami masih terus bergelak tawa di kelas musik itu. 

Kemudian ketika hendak keluar dari kelas musik setelah hampir 1 jam seperti memonteng kelas, aku dan Aria ingin keluar dari situ namun aku terlihat sesuatu yang amat memeranjatkan. Baru aku tesedar sekolah menjadi sunyi, dan teramat sunyi.
Aku terlihat..


 ia. Seperti pengganas, baru aku tersedar, mungkin ade penganas yang telah menawan sekolah aku. Aria mula rasa takut. Aku kemudianya menyuruh Aria bertenang. Betul sangkaan aku,  terdapat lebih dari seorang yang membawa pistol , segala jenis senjata.

Berdasarkan pengetahuan aku, selok belok sekolah, aku dan Aria pergi ke suatu blok yang sememgnya tidak dilalui dan dapat melihat segalanya. Di situ aku dan Aria melihat segala galanya.  Rupanya mereka dah kumpulkan semua pelajar di kawasan lapang di antara blok C dan D. Terdapat 5 orang di situ. Aria mengira ada lagi 6 yang sedan bersiar siar , meronda ronda di semua kawasan sekolah.

Aku mula memikirkan strategi untuk menewaskan 1 demi 1 musuh.  Aku mengatakan pada Aria, tunggu sekejap, aku pergi. Aria mula mennagis, dan menyuruh aku jangan pergi, aku berkata kata  aku akan kembali jangan risau.

Sebelum aku pergi aku mengusap pipi Aria, sambil melihat dengan penuh perasaan...


ini bukan filem cinta nak romantik romantik. Kemudian aku tinggalkan Aria keseorangan di situ, aku menyusup perlahan untuk menumpaskan seorang penganas itu. Aku ketawa kecil dalam hati bila melihat cikgu cikgu pun kena beratur seperti perhimpunan pagi, namun ini keadaan serius dan aku mula serius.

Semuanya ada 11 orang, aku perlu menjatuh satu per satu, aku perlu mendapatkan pistol. Aku menyorok di sebalik tangga, seorang penjahat itu datang, semakin menghampiri aku berdebar debar, sejurus dia tiba, terus aku keluar  menendang dengan skill aku yang sememangnya tidak begitu baik, masih tidak jatuh aku terus menambah tendangan dan terus menumbuk. Akhirnya dia jatuh pengsan dan tangan serta kaki aku amatlah sakit. Aku mengambil 2 pistol miliknya dan 1 mashine gun, mcam dalam filem tidak tahu guna, tapi pepandailah.

Kemudian aku belari mendapatkan Aria. Penganas atau penjahat yang aku telah serang tadi telah aku ikatkan dan aku contengkan mukanya, haha baru padan muka.  Aria tersenyum melihat aku, dia melihat aku membawa 3 senjata hebat, aku memberikannya pistol dan menyuruh Aria bersiap sedia untuk mengempur pihak musuh. Persis sang perisik kami berdua sekarang untuk mengempur musuh bagi menyelamatkan kawan kawan dan cikgu cikgu yang tersayang.


Kelihatan Aria yang sangat menawan bersama pistol, kami sudah bersedia untuk mengempur. Aku berharap agar semuanya akan mengikut seperti yang dirancangkan oleh aku. Ada 10 orang yang harus ditumpaskan hanya aku dan Aria sahaja yang ada.


dan kami telah bersedia untuk berperang. Pukul 9.45 minit pagi, aku dan Aria memandang sesama sendiri setelah melihat penjahat penjahat itu berkumpul dan betukar 5 orang mula begerak ke arah belakang, aku dan Aria bersedia. 5 orang lagi mengawal di kawasan semua berkumpul dan dijadikan tawanan. 

Aku dan Aria mula ertindak langkah demi langkah menuruni tangga, hati mula berdebar debar, dengan hanya mengunakan akal aku yang selalu nakal, tidak seperti Aria yang sememangnya pandai cantik dan menawan. Sudah tentu dia lebih hebat. Ini bukan permainan tembak tembak, ini kenyataan. 

Terus kami mengempur!! Sebaik sahaja 5 penjahat penjahat itu berdekatan. Aku keluar dengan gaya terjunan, dan menembak jatuh 2 orang penjahat!! Aria dengan ketenangannya keluar sambil menembak menewaskan 2 lagi musuh di situ, aku setelah berguling guling di tanah terus menembak yang terakhir!! Seakan di dalam filem aksi, sakit bahu aku akibat salah landing tadi. Selesai. Namun akibat dari tembakan yang dilepaskan penjahat tadi telah terkena bahu belah kanan aku.



Aria melihat darah mula keluar dari kesan tembakan tadi. Aria terus mengoyakkan kain dan menginkatnya padaku, Namun, tadi masih belum berakhir, kerana bunyi tembakan itu 2 orang penjahat akhirnya datang dan mula menembak, aku sempat menolak Aria ke arah tersembunyi, namun aku ditembak lagi di bahagian kaki. Aku membalas tembakan !! Satu lagi musuh telah jatuh.  Aria keluar melompat sambil menembak, tembakan Aria mengenai sasaran!!  7 orang telah kami tewaskan. Masih ada lagi 3. Aria memberikan bahu dan membawaku ke tempat kami semula.

Aku menarik nafas. Bahu belah kanan terlalu sakit. Sekarang kaki bdi belah kiri namun aku masih mampu begerak dan berdiri, namun menjadi perlahan tidak selincah seawal tadi. Aku tersenyum melihat Aria. Cinta hati yang telah lama aku pendamkan, aku memberitahunya dia sangat cantik dan amat hebat.

Setelah 5 minit , aku dan Aria akan pergi ke tempat utama. 3 orang lagi harus ditumpaskan. 
Sebelum kami samapi ke tempat utama, rupanya 2 orang penjahat itu telah begerak terlebih dahulu, aku dan Aria terperangkap namun Aria sempat menembak penjahat itu, aku menggunakan tangan kiri untuk menembak setelah beberapa ketika, melepaskan tembakan, kedua dua penjahat itu jatuh. Tembakan kami sangatlah hebat. Hanya tinggal 1 lagi...


Kerjasama aku dan Aria amat sempurna. Akhirnya kami telah jatuhkan 9 orang. Tiba tiba tedengar suatu suara mengatakan...

"aku akan bunuh budak ni, kalau korang tak mahu keluar!!"

Aku melihat, dia telah menjadikan seorang pelajar perempuan sebagai tebusan..
aku dan Aria membuat keputusan untuk keluar.


Aku dan Aria memunculkan diri, semua pelajar dan cikgu melihat kami, mereka seperti  merenung dalam, aku dan Aria terus menuju ke arah penjahat terakhir.

Aria memandang aku, dan melihat aku semakin lemah.. 

!!!! Boom, satu tembakan dilepaskan, aku membelakangi Aria secepat mungkin, aku ditembak dibahagian kanan belakang!!  Lantas aku mengambil pisau di dalam poketku, aku baling terus menuju kepada penjahat itu!!

BOOM!! KEDUA dua nya jatuh...
Aku dan penjahat ittu terjatuh, aku tersenyum sambil melihat penjahat itu...

Aria meribai aku di saat itu, guru guru gegas belari mendapatkan telefon menelefon polis, mendapatkan kereta dan berbagai bagai, suasana yang bising semakin suram. Pelajar menjadi bingit, namun semakin suram, aku hanya mendengar tangisan Aria, sepertinya semua sedang keadaan berkelam kabut...

Dan kemudiannya, aku mengatakan sesuatu pada Aria,.

"Sebelum aku pergi..."

"Apa..???" tanya aria, menangis sambil teresak esak...

"sebelum aku pergi, aku terlalu menyintaimu.. Aria..!!"

.....
.......
Aria terdiam.. dan aku dapat rasakan suasana yang amat sunyi dan tenteram.. amat tenteram dan senyap..


Aria tidak mahu melepaskan tangan aku... dan air matanya terus mengalir...

dan terus mengalir.... sehingga tangan dilepaskan...


Dan 1 tepukan gemuruh oleh pelajar dan guru guru terhadap aku dan kawan kawan ^_^ dengan bangganya aku bangun dan bersama kawan kawan menunduk hormat..

jerit seorang cikgu...

" HEBAT!! PEMENTASAN YANG SUNGGUH MENYENTUH PERASAAN!!"

Aku sungguh gembira dan melihat senyuman di wajah Aria dan kawan kawan yang menjayakan persembahan hari guru yang terhebat sepanjang zaman. 

Aku dan aria tersenyum melihat kemeriahan yang disambut...

dan Aria memegang erat tanganku dan tidak melepaskanya terus...


:) hee

0 comments:

Post a Comment