Wednesday, September 25, 2013

Cinta Budak Tadika


Pagi itu salji turun dengan lebat ( dekat malaysia mana turun salji? Suka hati penulislah!)
Mama mengejutkan aku untuk ke tadika, dengan kecomelan dan kemalasan yang ada aku terus berpura pura tidur lagi sehingga mama datang menepuk nepuk aku dan membangunkan aku. Lagak gaya seperti shin chan, aku terus bangun dan ke bilik air  dan mandi hehe.. dah besar dah umur 5 tahun,

Aku memakai baju, mama yang tolong. Mama memakai kan aku dengan kemas baju tadika yang berbutang, bewarna biru dan seluar hitam. Mama menyikatkan rambutku ke tepi, seperti budak skema yang baik menampakkan kecomelan yang ada bertambah comel dan semakin comel. Aku kelihatan segak melampau. (pergi tadika je pun!!)



Mama yang menghantar aku ke tadika. Sampai sampai di tadika aku terus nak tidur. Kecil kecil lagi sudah menunjukkan kenakalan apatah nanti besar lagilah bertambah nakal. Hari pertama di tadika seperti membosankan. Walau aku budak berumur 5 tahun tapi sudah mengerti apa itu bosan...

Hampir jam 8 pagi semua budak budak tadika mula memenuhi kelas dan sehinggalah sesuatu terjadi. 
Aku membuka mata aku terlihat seorang budak yang cukup comel sedang tersenyum, sedang bermain main di hadapan aku. Tidak padan dengan umur sudah ku mengerti ape itu PERASAAN. 


Dia tersenyum padaku. Aku tersenyum semula, dan kemudianya di hari pertama cikgu menyuruh semua bebudak tadika mengenal kan diri dengan memberitahu umur dan nama. Dan pada hari itulah aku mengetahui namanya Aria.

Jadi seperti selalu aku mula berkawan dengan Aria setiap hari, setiap waktu di tadika, aku duduk di sebelahnya, bermain permainan bersama sama, membaca buku bersama sama, semuanya, bila tiba waktu pulang aku akan duduk bersamanya sehingga mama aku atau mama Aria sampai. Sehingga mama aku dan mama aria telah mengenali antara satu sama lain akibat dari rapatnya kami.


Aku dan Aria bermain buaian bersama sama, kerana Aria akan merasa gembira, gelak ketawa sangat sangat, tapi Aria sangat gemuk dan berat kadang aku terlalu penat menolaknya.
hehe


Kadang Aria setelah penat bermain dia akan baring di bahu aku. Dan tertidur di situ. Mama Aria dan mama aku selalu membawa kami ke taman untuk bermain. hehe rasa seronok dan gembira sangt sangat ^_^
( budak tadika mana tahu sedih)



kadang saat dia merajuk paling dia akan kelihatan comel..
ku ingati segalanya tentang Aria.
Tapi Aria akan merajuk pada waktu yang sekajap sahaja, tidak begitu lama. 

Di sewaktu saat, aku dan Aria berada di bawah pokok membaca satu buku

Kelihatanya suasana yang sunyi dan sepi. Namun indah, sebagai budak budak tadika yang comel lagi bertambah comel, dan sedang membaca buku 'arnab dengan kura kura' di bawah pokok itu. Kami bergelak tawa bila membaca sesuatu yang lucu.

Sehinggalah suatu hari, aku dan Aria tidak mengerti akan sesuatu. Hari itu aku melihat Aria menangis, ketika pulang dari tadika. Kelihatan Mama Aria dan mama aku bersembang sembang. Dan Aria terus menangis. Ia seakan akan memanggil manggil aku. Kerana aku masih tidak mengerti aku hanya melihat sehinggalah pulang ke rumah.

Tibanya di rumah mama memberitahu 1 berita yang amat amat membuatkan aku sedih dan menangis. Rupanya Aria menangis, sebab dia sudah tahu yang dia akan berpindah. Aku terus belari ke taman. Mama hanya melihat. Aku terus menangis, walaupun masih budak tadika, kehilangan kawan, teman yang rapat amat menyentuh hati...


Dengan kesedihan aku berjalan jalan di taman. Dan duduk di buaian.
Menunggu Aria yang tidak mungkin akan datang kembali..
Salji seperti turun lagi( dekat malaysia tiada salji! suka hati penulislah!!)


dan sewaktu air mata mula membasahi bumi.. aku duduk di buaian seorang diri. Mungkinkah aku tidak akan berjumpa Aria lagi???. Mungkinkah Aria akan terus hilang di dalam hidup ini.
terus aku tertunduk dan termenung ke bawah.

menangisi pemergian Aria...

Tiada lagi kawan untuk bermain di tadika, di taman.. sedih amat sedih..

di saat itu aku mendongak...
aku terlihat dari bayangan jauh... semakin menghampiri aku.. cahaya matahari yang amat menyilaukan mata membuat aku tidak mengenal pasti mereka...

semakin menghampiri aku..kelihatan bayang gelap...
kerana di sebalik matahari itu...tidak terlihat...

Dan kemudianya, orang yang aku selalu lihat mengambil Aria.. Mama Aria di hadapan aku..
dan kemudian nya.. Aria keluar dari belakang Mama nya, dan tersenyum di situ.. aku terus berdiri dan tersenyum dan belari ke arah Aria...


Dan Aria memeluk aku terus...
Mama nya tersenyum...
Daripada melihat anak terus menangis biarlah Aria tersenyum gembira bersama aku di sini...

Kini aku semakin rapat dengan Aria dan menjadi semakin rapat. Aria tidak jadi pindah, mama Aria melihat Aria yang asyik menangis dan menangis, sehinggakan tidka mampu melihat kegembiraan anaknya itu diragut jadi mama Aria membuat keputusan tidak pindah.


Inilah Cinta Budak Tadika, yang tidak mengerti apa itu Cinta tapi yang mampu memahami ertia Perasaan.
Dan saat pertama kali mengenali hingga kini..
aku mampu tidur lena dan tersenyum girang kerana mampu tersenyum riang dengan kehadiran Aria...



..Cinta Budak Tadika ..

2 comments:

hamboi hamboi ..nice cetory...

November 18, 2013 at 8:08 AM

kan :) hahaha thanks

November 19, 2013 at 4:26 PM

Post a Comment