Tuesday, April 23, 2013

Piano Si Comeru


Anak kecil itu bersembunyi di balik balik papan kayu yang ada, tempat permainan si kecil yang amat comel, bermata bulat, pipi yang bulat, mulut yang kecil, tersangatlah comel. Berlari lari sambil diperhatikan aku.
Mencari cari sebiji bola yang dimainkannya tadi. Di tempat itulah dia selalu bermain dan bermain.

Tiba-tiba dia datang ke arahku..

'papa, papa'

dia memanggil-manggil aku.

'papa,Aria penat, bola tak jumpa'

Aku tersenyum melihat gelagat anakku itu ku usap kepalanya. Ku biarkan dia terus bermain sehingga ke petang. Teringat peristiwa 5 tahun lepas, di saat Aria dilahirkan, Mamanya kelihatan terlalu lemah, aku menjadi risau dan gelisah, ku tahu isteriku itu tidak dapat bertahan lama, namun semangat dia untuk melahirkan seorang bayi yang comel untuk menemaniku. Di saat itu ku mampu berdoa agar tuhan menyelamatkan keduanya. Namun ternyata , hayat Mama Aria tidak begitu panjang, Aria berjaya lahir ke dunia, namun mamanya terpaksa pergi. Jika mama Aria tidak mempunyai penyakit barah pada waktu itu pasti aku dan dia sedang hidup bahagia bersama Aria sekarang. Aku gembira dengan kedatangan Aria namun sedih dengan pemergian isteri tercinta. Aku masih teruskan hidup dan membesarkan Aria tanpa mamanya.


umurnya hampir 6 tahun, mampu bercakap, comel seperti arwah mamanya, cantik,  dan dia terlalu bijak pada usia yang muda. Segala tingkah lakunya, aku ajari supaya bersopan dan jangan mengada ngada, cukup baik,mendengar kata, tingkah lakunya sama seperti arwah mamanya, yang pernah buatku jatuh hati dulu, kerana terlalu manis orangya.

Seawal usia yang muda aku telah mengajarnya untuk bermain piano, dan kerana Aria terlalu bijak, dia cepat menangkap dan cepat bermain piano, satu persatu lagu ,chord, key Aria belajar sehinggakan suatu hari dia menanyakan sesuatu yang membuatkan aku mengimbas kembali memori itu...



sewaktu bermain piano bersama Aria

'papa, dulu mama main piano x??'

terus memori itu kembali, bermulalah cerita Piano si Comeru...

sewaktu itu aku, sedang bermain piano di dalam sekolah di mana piano itu diletakkan di bilik muzik jauh dari kelas,aku bermain pada setiap pagi sehingga suatu pagi mama Aria datang dan menegur ku. Dia sangat cantik, memang sangat menawan tidak ku sangka pertemuan pagi itu adalah jodohku di akhirnya, dia terus datang dan duduk di sebelahku, terus key key di atas piano dimainkan sungguh merdu, melodi yang indah, sehingga aku mampu bermain bersamanya. Akhirnya lagu terhenti kemudian dia memberitahu namanya lalu pergi.
Aku jatuh hati pada dia hari itu.


Aria kemudian berkata...

'kan best, kalau mama ada kan papa'..

Aku memandang Aria , aku memberitahunya dia kelihatan mirip seperti arwah mamanya, aku berpesan padanya mama terpaksa pergi dulu, sebab dia tunggu Aria dekat 1 tempat. Aria menangguk, aku ceritakan kehebatan mama Aria bermain piano, dan Aria seakan memahami dan bersemangat untuk belajar hingga menjadi hebat suatu hari nanti.

Kini si kecil ini akan bermain dan menjadi seperti mamanya, Aku hanya mampu tersenyum dan berharap dia akan mampu menjadi seperti mamanya. Kerana piano yang dimainnya kini adalah milik si comeru di rumah besar yang mempunyai segalanya.


Kerana mama Aria berharap aku akan menjaga Aria dan memberikan segalanya yang terbaik buatnya sehingga dia berjaya dan pesanan isterikku itu ku ingat hingga kini.
Untuk menjadikan Aria seorang pemain piano terhebat untuk mencapai impianya.
Dan Aria bermain Piano si Comeru..

-piano si comeru-


0 comments:

Post a Comment