Sunday, July 7, 2013

Setia Tidak Berpehujung

Jarak bukan pemisah Cinta,
Waktu bukan pelerai Kasih
Sayang bukan sekadar sementara...



Aku mendapat panggilan penting sekitar jam 7, keadaan sang matahari yang hampir terbenam membuatkan keadaan semakin hening dan sunyi.  Panggilan dari seorang kawan perempuan , terdengar tangisan yang terus daripada dia, apa yang diucapkan di dalam tangisan itu membuatkan aku terus belari meninggalkan segalanya.

Mendapatkan pengawal yang sedang berjaga di pondok, menyuruh dengan pantas untuk menelefon pihak jabatan pertahanan awam, dengan pantas aku terus belari ke bahagian lobi menunggu kekasih yang telah jatuh terhantuk teruk. Tidak tahu keadaanya aku mampu berdoa agar dia selamat dan terus gelisah dan resah menanti kedatangan sukarelawan di bahagian bawah.




Setelah menunggu dengan gelisah setelah beberapa lama datang jua akhirnya pasukan sukarelawan, terus berhenti dan melakukan kerja dengan pantas. 5 Minit kemudian ku lihat dia sedang bebaring di atas katil mudah alih sambil memegang kepala, syukur dia selamat namun keadaan agak teruk kerana dia sedang menangis menahan kesakitan, dikejarkan ke hospital, ku mengekori dari belakang, bekejaran untuk berada di sisinya ketika susah dan senang ketika dia sakit atau tidak.

Sampainya di hospital terus ke wad kecemasan, menunggu hampir sejam lebih, kemudian Doktor memanggil masuk. Melihat dia kembali stabil dan tenang, tiada lagi resah dan gelisah Namun bukan itu yang aku takutkan, kelihatan dia hanya mengintai kawan serumahnya, dari situ aku sudah mengerti yang memori dia telah pun hilang.

Tersedar melihat dia lansung tidak mempedulikan aku, mengikut kajian aku sendiri, dia mungkin terkejut kerana jatuh terus, dan bahagian kepala belakang terkena dahulu, dan jika pada waktu itu dia memikirkan tentang aku, sudah pasti aku yang akan hilang di dalam ingatanya.




Jadi tidak salah air mata untuk terus mengalir, namun ku kuatkan diri, kerana dia yang terindah , dia yang pernah membuatkan aku melupakan kekecewaan lalu, meninggalkan kesedihan yang lepas, membuatkan diriku kembali ceria bukan keseorangan sayu lagi seperti dulu. Aku meneruskan saja di malam itu di hospital melihat dan merenung kekasih di atas katil, namun dia lansung tidak memandang apatah lagi melihat diriku.

Ku tekad untuk setia tidak berpehujung, air mata tidak jatuh, namun perasaan sedih menghantui diri. Aku terdiam dan pulang menunggu keputusannya. Tepat sangkaan aku, memang dia terkejut dari terjatuh itu dan hilang ingatan mungkin untuk seketika atau selamanya, ku mesej seperti biasa, ku menanti seperti biasa, aku berusaha membuatkan dia agar kembali mengingati diri kekasihnya.

Berbagai cara ku lakukan agar dia mengingati aku kembali, namun ketika dia terserempak dengan aku. Dia bersembnyi di belakang kawanya, belari meninggalkan aku sambil menangis ketakutan, terkilan rasa ketika itu apabila kekasih yang dulu selalu datang rapat kini belari meninggalkan diri yang tidak beralah. Aku mengejar namun tidak dipedulikan sehinggalah ke rumahnya.


Hari hari seterusnya, aku hanya meneruskan apa yang selalu aku lakukan terhadap dirinya. Setiap pagi ucapan selamat pagi kekasih tidak pernah tertinggal, namun dibalas, dengan 'saya tidak mengenali awak'.
Lantaran itu, kisahnya menjadi semakin sayu, walau keadaan dia semakin stabil dan pulih namun memorinya masih mempunyai kesan.

Aku lakukan apa jua termampu, namun masih tidak mengenali. Ini bukanlah cerita 'aku terima nikahnya' namun kenyataan hidup yang terpaksa ditempuhi. Malam menjelma, Aku hanya mampu bediri memandang langit, kadang  mengingati kebahgaiaan yang kita lalui..

masih ku ingat kata kata indah itu

...tidak perlu aku keliling dunia untuk mencari cinta yang lainkerana diriku telah pun mempunyai dirimu yang cukup sempurna buat diriku...

dan hanya aku terus termenung dan termenung memikirkan cinta yang tidak diingati.


masih terus teguh setia dari hari ke hari. Harapan mungkin  tinggi dan mungkin tiada, langit begitu mendung, bagaikan memahami perasaan di hati.
Memberikan masa atau memaksa kadang berikan masa bukanlah pilihan yang terbaik di dalam waktu yang singkat dan memaksa di dalam keadaan yang tenat tidak dapat dilakukan, hanya takdir yang menentukan akan apa yang bakal terjadi.

Aku menanti sehinggalah suatu saat dia ingin berjumpa berhadapan dengan aku. Aku sudah terasa dengan gembira, walau dia tidak mengingati, setia ke hujung nyawa, kerana aku sudah penat dan lelah dengan percintaan sebelum yang amat melukakan. Jadi ku sabar menunggu  kali ini, kerana tidak mahu mencari cinta yang lain, dan tidak mungkin akan aku bercinta lagi, jika keadaan terus begini. Biarlah keseorangan yang lebih baik berbanding berdua dari terus kecewa.
Kerana dia insan yang mengembirakan, bersamanya terlalu bahagia, jadi tidak ada ruginya jika aku manusia biasa terus menunggu..


Hari untuk bertemu tiba, aku berhadapan dengan dia, sang kekasih sungguh mencuit hati sewaktu bertanyakan  'kenapa kamu bersusah payah untuk bagi saya ingat balik'
perlukah seorang kekasih menjawab soalan yang pasti sudah tertulis jawapanya.  Masih tidak mengenali, tetapi kelakuanya tidak ubah seperti telah lama mengenali.
Memegang tangan aku, mengusap pipi dan rambut, bukankah itu kamu yang dahulu, tetapi kenapa kamu belum mengingati. Sehingga selesai perjumpaan kamu masih tidak mengerti siapakah aku...
aku meminta diri setelah puas menceritakan semua kebenaran, semua yang benar, tidak ada sedikit pun penipuan..
aku berlalu pergi meninggalkan kamu seorang diri...



aku pergi , bukan kerana telah mengaku kalah, tetapi tidak mahu menangis dihadapan kamu sang kekasih, perlukah engkau melupakan aku, setelah janji tidak akan melupakan aku , 
sayang, janji dibuat bukan untuk dimungkiri..
tetapi aku tahu bukanlah kerana sengaja untuk melupakan, kerana kemalangan itu dirimu melupakan. aku.

dan air mata terus jatuh, dari jauh aku melihat engkau terus berlalu pergi.. aku berdoa agar sang kekasih akan mengingati aku , atau kita mulakan cinta sekali lagi.
Kerana "perasaan semalam tidak pernah akan berubah dan saya janji tidak akan meninggalkan awak"
itu yang awak pernah tulis dan ditampal di pintu almari baju , untuk aku ingati dirimu selalu

air mata berhenti, menabahkan hati dan menguatan diri untuk terus menghadapi hari..



Setiaku tida berpehujung, hingga selamanya, ku meneruskan untuk memegang janji cinta ini.



dan waktu bukanlah pelerai kasih.. masih mampu ku teruskan perjalanan...
kerana...


sayang, bukan sementara... di saat dirimu mengingati diriku semula semalam perasaan au terus setia teguh selamanya..
mencintaimu sang kekasih...




dan Setia tidak Berpehujung..

0 comments:

Post a Comment