Thursday, December 2, 2010

Love is special attraction





'Pagi itu indah seperti biasa' bak kata lagu hujan bila aku sudah tiada. Aku sibuk menulis pada pagi itu, di atas rumput di bukit itu menghadap pemandangan ke gunung ganang di sebelah sana , di mana matahari sedang naik dengan memberikan senyuman indah kepadaku bersama cahaya yang mula menyinari bumi. ^_^ macam biasa apabila cerita bermula , bermacam macam pekara bermain di kepala bukan??? agaknya apalah cerita aku pada kali ini...

Aku mula mengorak langkah menulis dengan penuh hati hati. Yang membaca pula , mula merasakan debaran di hati, setiap perkataan dibaca dengan teliti, tetapi mereka masih tidak mengerti tetapi aku tidak kisah aku menulis lagi supaya di akhir nanti mereka pasti mengerti apa yang diluahkan di atas blog ini. ^_^...

Sewaktu aku menoleh ke belakang, fulakauuu!!! ade sorg aweks cakap kau cukup lawa, cukup comel, mengalahkan model. Aku tertanya tanya siapkah dia/?? banyak persoalan muncul dalam diri aku. Tetiba dia senyum kat aku. Aku senyumlah balik . Kemudian aku bagun dan bediri,
memang macam dlam cerita cerita romantik yang lainlah kan, waktu itu, aku bediri memandang dia, dia pun bediri memandang aku dengan wajah kecomelan dia mula mencairkan hati aku. Matahari tadi betul betul baru naik memberikan suasana yang sangat romantik., sambil angin bertiup sayu menambahkan keromantikkan di situ.

Dia menghampiri aku. Aku terdiam. Dia semakin hampir dengan aku. Sekarang dia betul betul bediri di hadapan aku. Lidahku kelu. Terdiam seribu bahasa. Aku lupa segalanya. wajah kecomelan itu terus memandang aku dengan penuh kesayuan. ^_^ tp dlam ni je lah boleh wat cam tu kan hehe. seterusnya dia mula bersuara... ' awak ok???'. Aku menjawab dengan mengigil ok ok. seterusnya perbualan yg bermula semakin menjadi biasa... ^_^ permulaan cerita baru saja bermula..


Detik demi detik berlalu. Matahari mula membenamkan dirinya di sebalik gunung ganang di debelah sana. Aku dan gadis itu masih di tempat itu. Aku tidak sedar akan masa berlalu akibat terlalu leka dengan berbicara bersama gadis itu. Hari mulai gelap. Aku ingin pulang ke rumah dia menyuruh aku menemani dia pulang juga. Aku bersetuju. Bulan telah kelihatan... perjalanan kami masih jauh ... dia seperti budak kecil belari lari sekeliling aku smbil ketawa , memetik bunga bunga yang ada di kawasan itu.Dia sememangnya telah membuatkan aku jatuh hati padanya...

Tiba tiba dia terjatuh. Dia terduduk dan menagis. Aku berlari ke arahnya. Lututnya luka. ^_^ memang peluang lah kan... haha ^_^ aku mengunakan skill kata kata aku untuk membuatkan dia tersenyum semula. Aku memang hebat dia tersenyum balik. tetapi dia tidak dpat bagun kerana kakinya terseliuh. seperti yg aku cakapkan td memg peluanglah kan , haha aku mendukung dia di belakang. Dia hanya tersenyum melihat perbuatan aku. kami meneruskan perjalanan..


Dia terus memberikan arah perjalanan kepadaku agar sampai di rumahnya. Akhirnya smpai di satu jalan itu dia menyuruh aku jaalan straight sbab rumah dia di depan saje. Aku mula kan langkah menuju ke rumahnya. Anak orang kaya rupanya rumah yg agak besar dan paling besar di situ. Sampai tepat di hadapan rumahnya. Tiada sesiapa. Aku melihat dia dengan menoleh. dia sudah tertidur rupanya. mungkin terlalu penat bermain main dr pagi td sehingga malam. Aku mengejutkan dia . Dia bagun dengan penuh aksi kecomelan haha geram tul aku!! haha... dia tanya sudah smapai di rumah kah.. da lame sampai aku cakap. dia emmnadnag aku di hadapan rumah dia. Sebelum dia masuk ke rumah di mendekati aku. Aku terdiam skali lagi. Dia menyuruh aku tunduk sedikit. Satu kucupan selamat malam di pipiku diberikan dan dia terus berlari masuk sambil mengucapkan terima kasih dan byebye. ^_^ aku pulang dengan senyuman yang tiada hentinya...

Keesokkan paginya, aku pergi ke tempat semlam di atas bukit itu. Dia telah menunggu aku. Apabila dia melihat aku satu senyuman yang cukup menawan hati sesape yg melihat. Tapi hari itu mungkin hari last dia bersama ngan aku.. sbab aku nak g jauh dah.. dia masih x tahu...perasaan sedih mula menyelubungi diri ini.,... akanku kuatkan diri untuk memberitahu dia malam itu....


Malam tiba.... tiba masa untuk pulang ke rumah. Dia sudah bagun dan berjaln ke hadapan. Aku masih berdiri di belakang memerhatikanya. Aku memanggilnya... LISA! ( name ni x de kena mengena ngan hidup atau un yg mati, saje je guna )^_^.. aku jerit lisa!! lisa memandang aku ..
Lisa masih memnadang aku dnegan senyuman sedangkan aku sudha tiada riak wajah lagi sbab lagi bape minit aku kena pergi...

Lisa mula mendekatkan dirinya dnegan aku. Lisa tanye kenapa ... Aku jawab aku kena pergi!! aku terpaksa pergi!!! Lisa maafkan aku!!! Lisa mengalirkan air mata sambil berulang kali tanya kenape.. maafakan aku Lisa.. aku kena pergi.. di saat itu lisa mula memeluk aku!. lisa memeluk erat bdanku. aku tidak mampu buat ape ape.. dia x nak lepaskan aku...namun di saat itu....

Di saat itulah mama aku suruh tdur!! ish kcu daun tullah!! aku un x taw nak wat pe sbab mama aku cakap klu x off pc ni nanty dia x nak sambung internet dah so camne aku nak tulis blog ni hehe ^_^ terpaksa lah dengar cakap dia haha... so aku un tutuplah. dengan itu tamatlah cerita yg korg bace dnegan penuh happy ni haha ^_^
ape un Love is special attraction... SBAB cinta itu memang akan menarik perhatian semua org!! haha ^_^ sorry lah ea kenakan anda sekali lagi....

2 comments:

tenga best2 layan cite . tapi , hmpp ~ terkena sudaa ~

January 4, 2012 at 9:59 AM

biase lar ue..hahaha :) kdg kdg cerita kena berbeza dr yg lain..bru menarik hehehe

January 6, 2012 at 1:25 AM

Post a Comment