Friday, June 29, 2012

Dylunar Choco Love

Masih ku ingati lagi pada hari itu, di Myspace kau memberikan komen di status aku. Aku terkilan kerana engkau bagai jatuh hati kepada diriku. Kata kata selepas itu membuatkan aku tahu kau menyukai aku seperti mana aku menyukai diri kau.  Bermula dari situ aku mula mengenali diri kau hari demi hari. Ternyata kau membalas dengan penuh senyuman kegilaan dan kegembiraan .




Suatu hari kau mencabar aku untuk mendapatkan no Ic dan nama penuh kau. Cabaran itu aku terima dengan  hadiah yang patut diberikan kepada aku seperti yang dijanjikan ialah Satu Chocolate Cadbury yang besar. Memang kau silap percaturan kerana memberikan cabaran seperti itu, Aku merupakan pengawas sekolah yang memegang Buku Rekod Kedatangan Murid segala Jenis maklumat Ic dan nama penuh dan berbagai lagi boleh aku berikan dengan sewenang wenangnya ( sekarang mesti kau dah tahukan). Ternyata aku hebat ^_^


Pada hari selasa(tarihk aku x ingat, tapi aku tahu hari selasa!! haha^_^)  kau memberikan Cadbury itu padaku. Untuk pertama kali dengan rasa malu malu aku melulu ke arah kau untuk mendapatkan chocolate itu. Ia ternyata kau memg comel, mata kau yang cantik itu membuat aku jatuh cinta dengan kau, mata kau bulat ,pp kau tembam dan sangat bulat sangat sangat membuatkan aku tersipu sipu. Kerana sebelum itu aku menjerit memberitahu " aku nak chocolate aku!!' haha.

Kau berikan padaku, satu kelas melihat, memang manis kan bila kelas kau dan aku berhadapan. Memang menarikkan bila kau menoleh aku selalu melihat kau seperti mana kau melihat aku. Setelah aku mengambil Chocolate itu aku berlari keanak anakan sebab 1 kelas kau dah jerit 'wooooooooo!!!' aku dah naik segan dan malu. HAtiku dah berdegup terlalu kencang dah nak meletup. Aku sempat mendengar kau jerit " mahal aku beli!! kongsi 2!!' tapi bile kau fikir balik kan.. kau nak patahkan mcm mne??? hehe


Kisah cinta kita bermula apabila kita balik dari sekolah itu. Kita terus wat relation at mYSPACE, dan relation kita itu amat menarik perhatian semua orang(dulu kan bebudak lg) dan aku amat gembira tentang itu. Dan dari situlah bermulanya kisah cinta kita. Jika kau masih ingat aku pernah bertanya "x menyesal untuk couple dengn aku, aku x sehensem mereka yg lain, tidak secomel mereka yang lain" dan jawapan kamu adalah "tidak"

Chocolate yang kau berikan itu ku simpan ku x sanggup nak makan tapi bile mama aku ngn abah aku nak makan terus aku ambil dan terus ku makan keseorangan, haha. Aku masih ingat aku masih simpan plastic chocolate itu, tapi aku tidak tahu di mana aku letakkan plastic itu. iye , pemberian seseorang itu lebih bermakna dari ape ape pun rasanya juga lain, mungkin lebih manis..^_^


2 hari selepas itu aku dimasukkan ke hospital, ditahan di dalam wad, Bukan mudah untuk menerima mempunyai penyakit berkaitan jantung, Dr merawat aku selama 3 hari di hospital. Kesakitan yang aku alami pada masa itu sangt sangat sakit, Dr memberitahu penyakit berkaitan jantung aku adalah yang tebaru dan masih belum ada di mana mana, aku hanya menerima dengan redha.
Sepanjang duduk di hospitaal, aku hanyat teringatkan kau sahaja, baru 2 hari aku mula mengenali engkau sudah dimasukkan ke hospital. Sebenarnya aku dah x ade peluang pun nak hidup, tuhan memberikan aku sedikit masa lagi, dan aku snagat sangat bersyukur kepada yang maha esa, aku tahu jika aku terus menahan sakit pada hari itu, jika aku masih menahan hari itu, jika adikku tidak melihat air mata aku yang jatuh, mungkin aku tiada lagi di sini... mengigil untuk begerak, tidak boleh duduk, bangun, badanku sendiri snagat sakit...namun aku masih dapat bertahan sehingga sekarang.. bersyukur ke atas kekuasaan Allah s.w.t. yang masih memberi kehidupan untukku terus hidup...

Hari jumaat aku terus keluar hospital. Aku masih kuat ^_^. Malam itu aku ke sebuah pasar raya, di pasar raya itu aku membeli satu gula hati lolipop. dan itulah gula hati lolipop pertama yang aku belikan dan yang pertama aku berikan buat seorang kekasih..
masih kau ingat pada hari sabtu hari kokurikulum, aku terus datang pada pagi itu semata mata nak berjumpa dengan kamu, kerana pada saat kau nak datang melihat aku kau dapat tahu aku sudah keluar dari hospital.

dan aku memberikan kau gula gula lolipop kau itu sebaik aku terlihat kau di tangga tengah sekolah bersama sama kawan kaan kau yang datang ke arah aku...

tapi sayangkan, semuanya yang indah hanya buat seketika. Cerita cinta tentang chocolatico hanya untuk seketika
selepas itu aku tidak tahu apa yang terjadi antara kita sehinggakan kita berpisah mungkin waktu itu aku tidak berapa baik untuk diri kau, mungkin aku hanya buatkan kau rasa susah untuk belajar. Aku sebenarnya memang menantikan kau untuk habis belajar. Aku lepaskan kau demi kebaikkan..
ku harap nanti kau akan dapat keputusan yang baik dalam spm..
masih kau ingat tentang comel, patung kecik yang kuberikan pada kau itu, ia patung itu sangat comel, jika boleh tangkaplah gambarnya sebab aku nak tengok dia lagi... simpanlah seelok eloknya.. jgan hilangkan lagi..
.

dan mungkin waktu itu... masaku telah sampai.. aku rebah jatuh! dan aku mengalirkan air mata.. air mata yang snagat beharga... aku tidak dapat bangun lagi..
kesakitan itu ku amat amat perit dan sakit..
aku terasa kepedihan yang sangat dalam, hatiku terluka, dihiris sangat sangat sakit..
menunggu untuk pergi...dan.... dan semuanya telah berakhir...


dan waktu kau memerhati waktu .... 
pastinya aku telah.....
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.

.
.

.
pergi......
dan mungkin sekarang kau akan menagis.. bila aku tidak lagi di sini.. mungkin engkau masih menanti dan mengharap...


satu hari nanti......
mungkin suatu hari nanti...




mungkin...
pasti...
kerana hati mungkin masih lagi menanti













2 comments:

pehhh, cite yang awesome :)

June 29, 2012 at 7:44 AM

terima kasih thats me.. :)

June 29, 2012 at 8:10 AM

Post a Comment